Pages

Apr 23, 2014

Teknik Power pumping Terbukti Memperbanyakkan Susu.

Salam Mommy-mommy yang comel,.



      Pernah berasa sedih dan runsing akibat pengeluaran susu yang merudum?? Anak semakin ,membesar dan  memerlukan susu yang lebih banyak tetapi susu yang berjaya di pam setiap kali sesi pengepaman hanyalah 1-2 oz untuk kedua-dua payudara??? ALAMAK!!!! Runsingnya!!

     Ayeen pernah melaluinya ketika mula bekerja setelah bercuti bersalin selama 3 bulan.Akibat stress dengan bebanan kerja dan masa untuk mengepam adalah terhad dan terkejar-kejar akhirnya susu merudum.Setiap sesi mengepam hanya mendapat 3oz sahaja bagi kedua-dua belah payudara,. Masa bekerja selama 7 jam ayeen hanya dapat melakukan 2 sesi mengepam sahaja.. itupun masa untuk ayeen luangkan, hanya 10-15 minit setiap sesi.. Adakalanya hanya sempat 1 sesi sahaja..

    Susu ibarat pam hari ini untuk kegunaan esok,langsung tiada lebihan, Anak pula memerlukan sekurang-kurangnya 15oz sehari untuk dibekalkan ke rumah pengasuh!! Namun disebabkan teknik power pumping ini,. bekalan susu semakin meningkat dan sangat gembira dengan hasilnya, Alhamdulillah!!

   Banyak faktor yang menyebabkan susu merudum, antaranya disebabkan oleh stress, jarang pengepam susu dan tidak menyusukan anak dengan susu ibu, bagi yang menyusukan anak kemeruduman susu adalah berkaitan dengan hormon-hormon didalam badan.. jadi power pumping adalah satu kaedah yang harus dilakukan selain mengambil makanan tambahan serta mengamalkan petua-petua lama untuk menambahkan susu..



 APA ITU TEKNIK POWER PUMPING??

 POWER PUMPING adalah 1 teknik mengepam untuk meningkatkan penghasilan susu ibu. Ianya cara mengepam yang biasa tetapi dengan teknik tertentu. Ideanya adalah untuk meniru cara bayi menyusu.

Bagaimana cara power pumping?

Single pump - pam breast sebelah kanan selama 10 minit then pam breast kiri selama 10 minit, ulangi mengepam breast sebelah kanan 10 minit dan ulangi berselang seli antara breast kanan dan kiri berterusan selama 1 jam.


Double pump - Pump kedua-dua belah breast secara serentak selama 10 minit then rehat selama 10 minit dan pam balik 10 minit rehat 10 minit dan seterusnya selama 1 jam.


Bila masa yang sesuai buat power pumping?

   Boleh buat pada bila-bila masa tetapi waktu yang terbaik adalah dari tengah malam sehingga subuh kerana hormon prolaktin iaitu hormon yang merangsang susu paling banyak dihasilkan pada waktu ini dan ibu juga kurang stress pada waktu ini jadi hormon oksitosin senang disingkirkan

  Power pumping di hujung minggu. Ada juga ibu yang fokus mengepam pada hujung minggu dengan melakukan power pumping pada setiap sesi mengepam. Buat selama 2 hari sepanjang weekend, dan kembali ke rutin biasa sekembalinya bekerja (weekdays)

Siapa yang perlukan power pumping?

  • Ibu yang kekurangan susu - punca kurang susu spt period, hormon tidak stabil, emosi terganggu dan ibu yang kurang mengepam.


  • Ibu yang menyusukan anak angkat - teknik ini digunakan untuk merangsang pernghasilan susu.



  • Ibu yang relaktasi/ ingin menyusukan anak semula setelah lama berhenti menyusu.


Berapa lama masa diambil untuk dapat hasilnya?


    Power pumping perlukan masa sekurang-kurangnya 1 minggu! Walaupun pada hari pertama hasil pam setitik dua atau ‘pam angin’ semata-mata,teruskan misi sehingga mendapat hasil yg dikehendaki. Jangan putus asa, usaha, doa dan tawakal, insyaAllah dipermudahkanNya.


Bagaimana menyimpan hasil perahan?


   Pastikan hasil perahan dari disimpan dalam suhu yang sama..susu perahan dari 3 kali perahan tersebut mestilah disejukkan dahulu dalam peti sejuk di bahagian bawah..setelah suhu sama barulah combinekan dalam satu botol dan simpan dalam deep freezer.


Alhamdulillah rezeki untuk Hana.

Sayang.. Mama janji mama susukan hana sehingga 2 tahun ye.. LOVE U!

2 comments:

  1. Tq ayeen share...mmg mlm2 akn hasilkan bnyk..slalu bgn subuh je terus pam..insyaallah dpt 2 botol atau lbh...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama2 cik mah.. heee
      sharing is loving kan.. sama2 lah kite menyusukan baby secara eksklusif selama 6 bulan.. baby sihat mak gembira..

      Delete

00 Budak Ohsem + Gojess mengomen