Alhamdullillah, alhamdulillah, alhamdulillah terima kasih Ya allah.. selesai akhirnya perkara yang paling merumitkan bagi Cik Ayeen ni tak lain tak bukan prosedur-prosedur melengkapkan borang nikah,.Bagi B2B KL dan Selangor bagi Ayeen tak adalah sesusah mana tapi disebabkan Cik Ayeen ni Berasal dari Kuala Lumpur tetapi Majlis nikahnya nanti berlangsung di Selangor tu yang jadi rumit sikit tu, agak memeningkan kepala..
Encik tunang punya borang nikah memang dah siap awal-awal lagi, dia dah dapat kebenaran pun dari Pejabat Agama Daerah Jitra, Kedah.. So tinggal side Cik Ayeen la pulak kan.. Borang kebenaran Nikah lelaki tu akan diserahkan kepada pihak perempuan untuk proses selanjutnya.
Disebabkan Alamat dalam IC Cik Ayeen KL jadi Cik Ayeen download je borang Nikah JAWI Klik Sini ataupun boleh juga dapat kan di JAWI berhadapan dengan masjid negara,Lepas tu isi Dua salinan Borang 1 tu beserta :
1) Salinan ic kita dan wali, ( 2 salinan )
2)Sijil kursus kahwin asal dan salinan,
3) HIV test
4)Surat nikah mak n ayah
5) Borang kebenaran Nikah Lelaki
Bawa ke Masjid kariah anda, Macam Cik Ayeen Duduk di area Ampang Putra jadi masjid yang berdekatan ialah Masjid Rahimah di Kampung Pandan. Jumpa PPN untuk dapatkan tandatangan pengesahan permohonan nikah. Waktu ni kita dan wali akan sign dihadapan PPN tadi, PPN juga akan menyemak borang-borang kita sama ada lengkap atau tidak. Prosedur di KL tak payah bawa saksi 2 orang, cukup sekadar bakal pengantin perempuan bersama wali.senangkan .
Jika sudah lengkap segala borang-borang.. Bolehla pergi ke JAWI untuk mendapatkan Kebenaran Berkahwin. Di sebabkan Cik Ayeen Nikah di Selangor ,JAWI berikan Kebenaran Nikah luar kariah di Selangor dan Cik Ayeen perlu bayar Rm5 je, kalau bernikah di kl rm25..Sangat cepat prosedur mendapatkan kebenaran ni, Cik Ayeen rasa siap semuanya dalam masa 30 minit je.. Bagi yang memang Lahir di KL dan bernikah di KL setakat itu sahaja prosedurnya,..senang kan..
Tetapi di sebabkan Cik Ayeen akan bernikah di Daerah Selangor, di Masjid AL Ansar di Au2 Keramat, perlu beberapa perkara lagi untuk diselesaikan, haishhh masa ni rasa macam, bila nak habis nih!!! Jadi Cik Ayeen perlu ke JAIS pulak, untuk pengetahuan korang majlis Cik Ayeen akan dibuat di selangor kerana, berdekatan dengan dewan yang disewa iaitu Dewan MPAJ AU2 Taman Keramat dan berdekatan dengan rumah nenek Cik Ayeen, untuk nak elakkan pembaziran masa di sebabkan majlis nanti adalah dibuat dalam masa satu hari, nikah dan resepsi hari yang sama, jadi keputusan bernikah di Selangor dipersetujui..heeeeee
Jadi Cik Ayeen pergi ke Pejabat agama Daerah ( PAID)Gombak Timur di Keramat, penting ye untuk korang tahu di mana letaknya kariah masjid yang korang akan bernikah tu., Masjid AL Ansar di bawah PAID Gombak Timur.. Cik Ayeen pun beritahu ustazah yang bertugas nak borang bernikah di Selangor, Cik Ayeen di berikan sehelai borang,. Isi butir-butir semua dan pergi ke Masjid tersebut untuk berjumpa PPN.
Malangnya Pejabat PPN tutup pada hari jumaat..heeeeeee!! balik la kami anak beranak seminggu lepas tu,. iaitu hari ni 31/1/13 la abah Ayeen buat appoinment dengan PPN dan berjuma PPN untuk tetapkan masa dan tarikh , dalam hati laaaa aku tak payah pergi pun tak apa rupanya... CISS!!..hehehe...Abah Cik Ayeen terlupa bawa borang yang diberikan oleh PAID tu, nasib baik PPN tu tak kisah dan suruh bawa isnin ni.. Heeeeeee.. Tapi MASA, dan Tarikh telah ditetapkan..PPN pun dah take note tarikh dan masa tu..YAHOOOOOOO!!!
P/S: Tak tahu la kenapa bila abah tepon cakap semua dah selesai perut rasa kenyangnya, muka blush-blush gitu..hahahhahahahahha
7 comments:
Alhamdulillah...setel bab paling penting nak nikah!!! Yeay dah boleh nikah ye...syabasss hehe
WE
syukur sangat2.. yeayyyy da boleh nikah..hehhehe
Wah dah setel :) kalau fyqa cmne eh.. alamat ic kl, tp byr cukai pintu rumah selangor, nikah kat kl.. cmne ye?? fyqa smpai sekarang msih blur lgi ttg nk dpt borang nikah... dh la fyqa ni sibuk study takut serabai otak jadinye huhu...
Feyqa
Cuba feyqa g masjid kawasan rumah feyqa tanya dekat PPN.. Nanti die akan terangkan..
borang nikah di kl perlu ada surat akuan bujang? Jika perlu, Bila surat ini diperlukan?
Puan Ayeen, saya ingin tahu mengenai borang akuan bujang di kL @ Selangor ini memang perlu ada ke? Jika ya, bila borang ini diperlukan?
Bunga cempaka
sebenarnya tak perlu pun..
lelaki sahaja yang perlu..
tapi sy letak jugak :)
Post a Comment