welcome note

Jum jadi follower saya!

kahwin

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

KLIK KLIK INI

online user

KLIK KLIK SINI

May 3, 2014

Tip Rangsang Bayi Bercakap

  Salam Mommies..




    Tiada perkara lain yang dapat membahagiakan hati ibu dan bapa apabila simanja anda berjaya menuturkan 'Mama' atau 'Papa' . Perkataan keramat yang dinantikan oleh setiap ibu dan bapa untuk dituturkan oleh simanja. Bahagia datang menggebu-gebu apabila si anak yang selama ini hanya pandai menangis untuk berkomunikasi kini telah pandai menutur kata..

  Jum kita ikuti langkah-langkah bijak ini untuk meransang anak anda bercakap.


1. Interaksi sosial

-Mendedahkan bayi kepada teman-teman sebayanya membantu usaha bayi berinteraksi sosial. Ia sebagai cara pertama si kecil memulakan kemahiran interaksi sosialnya.

      2. Rajin berbual






-Ibu bapa yang rajin bercakap dengan bayinya sejak lahir lagi akan mempunyai anak yang cepat bercakap. Percayalah biarpun ketika masih bayi, dia tidak faham apa yang anda cakapkan tetapi bayi menyimpan dalam kotak memori apa yang diucapkan kepadanya.

      3.Beritahu nama semua objek

-Langkah memberitahu bayi apa nama objek di sekelilingnya membantu dia untuk belajar bercakap. Selain itu, ia juga boleh membantu mereka mengembangkan daya ingatan dengan mengingatkan nama semua objek tersebut. 

      4. Bercerita sebelum tidur

-Bercerita atau membacakan buku cerita kepada bayi anda sebelum tidur juga membantu mengembangkan kemampuan komunikasi mereka. Mungkin pada peringkat awal mereka hanya mendengar sahaja tanpa sebarang reaksi tetapi usaha berterusan yang dilakukan pasti memberikan kesan positif yang di luar jangkaan. 

      5. Bentuk ritma yang sama



-Tahukah anda dengan sering menyanyikan lagu atau menyebut perkataan dengan ritma yang sama membantu anak mudah mengingat serta mengembangkan kemahiran pertuturannya. 

      6. Mengulang

-Meminta bayi mengulang kembali perkataan yang anda sebutkan juga membantu mempercepatkan proses pertuturan mereka. Apa sahaja perkataan asas yang diucapkan setiap masa pasti akan diingati oleh bayi dan mereka boleh menuturkan kembali.

Sharing is Loving :}

Related Posts with Thumbnails