welcome note

Jum jadi follower saya!

kahwin

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

KLIK KLIK INI

online user

KLIK KLIK SINI

Apr 27, 2014

Masalah Kulit Pada Bayi Anda

Salam ibu-ibu yang comel..

  Kali ini topik kita mengenai masalah kulit pada bayi,masalah-masalah kulit yang memang biasa dihadapi oleh bayi ketika membesar,.Anak ayeen sendiri tidak terlepas menghadapi masalah kulit sewaktu diusia sebulan. Alhamdulillah berkat usaha mengubati dan mencari penawar akhirnya tiada lagi masalah kulit pada Hana Marissa.



Alhamdulillah kulit si kecik dah gebu-gebus

     Jum intai-intai antara masalah kulit yang sering dihadapi oleh bayi!! Semoga dapat menjadi rujukan buat ibu-ibu di luar sana ye.



  1. "Miliaria crystallina" atau dipanggil 'milia' 

 -Benjolan kecil berwarna putih di bahagian hidung, dagu dan pipi. Kebanyakan bayi yang lahir mempunyai 'milia' yang terjadi apabila cebisan kulit yang sangat kecil tersangkut dalam kantung yang kecil berdekatan dengan permukaan kulit bayi. Kebanyakan kes 'milia' akan hilang dengan sendirinya dalam beberapa minggu.






  Hokey!! angkat tangan anak siapa yang ada masalah mcm ni di awal2 kelahiran dulu??? Hana pun banyak benda ni dulu.. Risau sangat apa benda yang putih2 kat muka hana,. Tapi alhamdulillah sekarang dah hilang semuanya!!!  ini perkara biasa rupanya..hehehe.. 

P/S ; Dulu ayeen suka sangat kopek2 benda putih tu, sebab ingatkan tak kan hilang..heeeee..



2.  "Infantile seborrheic dermatitis"/Cradle Cap

-Tompokan sisik di kulit kepala. Walaupun tidak serius, ia boleh mengakibatkan kerak yang keras dan sisik putih atau kuning. "Cradle cap' biasanya akan hilang dengan sendiri dalam beberapa bulan, namun mencuci kepala bayi setiap hari menggunakan syampu boleh membantu untuk mengurangkan dan menghilangkan sisik. Berjumpa dengan doktor jika 'cradle cap' masih kekal atau kelihatan semakin serius.





   Ya allah.. Sebab nak buat entri ni baru tahu yang ni namanya cradle cap,. Sebab anak ayeen waktu sebulan pun jadi macam ni,, Banyak sangat2 kat atas kepala sampai ke dahi dan kening, Risau sangat waktu tu.. Hari2 kerja mama n papa ialah kopek keruping2 tu sampai merah n tertanggal lepastu letak ubat!!..

  Alhamdulillah!! sukses hasil rawatan kami..hehehe





    3. "Diaper rash" /Ruam Lampin

-ruam biasa disebabkan oleh menggunakan lampin yang basah dengan agak lama. Ia dirawat dengan memberikan pengudaraan pada bahagian bawah bayi. Pastikan bahagian bawah bayi bersih dan kering sepanjang masa untuk mengelakkan daripada 'diaper rash'. Jumpa dengan doktor sekiranya ruam tidak hilang.




    Ini pun jadi pada Hana,. Ayeen risau sangat waktu ni.. Memang sampai menangis tengok anak sakit.. Teruk mcm ni la,, merah2 kat private part. Ayeen pun tak paham kenapa semua masalah kulit hana bermula pada usia sebulan.. Ambik masa juga nak baik ni.. dalam sebulan lebih perawatan kami.. akhirnya!!! gebu gebas kulit anak. Tiada apa-apa masalah kulit lagi.


    4."Oral Thrush"

-Masalah yang sering terdapat di mulut bayi. Lapisan putih yang biasanya dilihat di bahagian lidah, pipi dan lelangit merupakan jangkitan oleh kulat Candida albicans. Anda dinasihati supaya membawa bayi anda berjumpa dengan doktor untuk mendapat rawatan.




    Kesian sangat tengok baby2 yang ada masalah oral trush ni.. Hana ada jugak sikit2.. memang mama die ni gigih la berus lidah hana tu nak bagi hilang oral trush. Alhamdulillahhhhh.. sampai sekarang bebas oral Thrust ni.


    5. Ekzema

- Biasanya bayi yang ekzema, mempunyai dermatitis (kemerahan, kupingan dan bengkak) pada muka, tangan dan kaki dan badan. Pelipat kelopak mata, leher, siku, lutut atau pergelangan kaki mungkin terjejas dengan lebih teruk. Keadaan ini menyebabkan rasa sangat gatal.

Rawatan :

Tiada ubat yang boleh mengubati ekzema sehingga pulih. Mengawal ekzema secara berkesan boleh dibuat dengan mengamalkan sistem rawatan asas yang mudah.


ini bukan hana..heheheh


  Alhamdulillah hana bebas dari eksema, salah satu penyakit kulit yang amat dibimbangi ayeen,kerana eksema biasanya tiada ubat,. bagi ibu-ibu yang mempunyai anak yang bermasalah dengan eksema perlulah menitikberatkan kebersihan ye.. sian anak tergaru-garu gatal.. 

JUm klik entri ni untuk maklumat lanjut ----->Eczema. Ok ibu-ibu comel,. semoga mendapat sedikit ilmu ya.. kita berkongsi sama-sama pengalaman,. Ada sebarang pertanyaan boleh tanya pada ruangan komen atau PM ayeen terus ye di alamat email ayeenluv89@gmail.com.



Sharing is Loving :}

0 comments:

Related Posts with Thumbnails