Bercerita tentang coklat, pastinya membuatkan minda terbayang-bayang keenakkan dan kehalusan rasa coklat, coklat yang menjadi kegemaran setiap lapisan masyarakat ini tidak mengira tua,muda dan kanak-kanak.Si penggemar coklat pastinya sentiasa mempunyai bekalan coklat yang tidak putus-putus. Ianya sedap malah senang didapati.
Ibu hamil juga tidak terkecuali menyukai coklat, tetapi ramai yang berasa ragu-ragu untuk mengambil coklat ketika hamil,bimbang bahan yang terkandung didalam coklat akan mempengaruhi kandungan nanti, rupanya coklat banyak memberi kebaikkan untuk ibu hamil.Mari kita kupas tentang kebaikkan coklat ini.
Kebaikan yang boleh
diperoleh jika anda gemar makan coklat. Antaranya coklat dikatakan boleh
mencegah kanser, meningkatkan ghairah seksual dan boleh membuatkan si pemakan
berasa ceria dan bahagia. Coklat juga sangat digalakkan kepada ibu hamil atas
sebab-sebab berikut:
1. Coklat pahit atau dark chocolate dikatakan mampu mencegah
pra eklampsia semasa mengandung. Ia merupakan salah satu penyakit paling
berbahaya dalam kalangan ibu hamil. Kandungan theobromine dalam koko bertanggungjawab
mengelakkan serangan penyakit tersebut. Wanita hamil yang makan coklat setiap
hari terbukti bebas daripada serangan pra eklampsia sebanyak 50 peratus.
2. Melancarkan pengaliran darah. Theobromine yang ada dalam
koko membantu meluaskan pembuluh darah yang sekaligus melancarkan pengaliran
darah ibu hamil.
3. Membangkitkan rasa ceria. Kajian dijalankan oleh para
saintis barat mendapati ibu mengandung yang kerap mengunyah coklat terbukti
melahirkan bayi yang lebih sihat dan ceria.
4. Mengandungi antioksidan. Kudapan manis ini kaya dengan
flavonoid yang mengandungi antioksidan yang boleh menguatkan sistem imunisasi
bayi dan ibu.
5. Mengelakkan penyakit jantung. Coklat pahit memiliki
antioksidan yang bagus untuk menjaga kesihatan jantung ibu dan si comel.
Nah, rupanya banyak kebaikan coklat untuk ibu hamil kan..Ayeen memang sangat menggemari coklat ketika hamil, walhal ketika bujang, coklat bukan merupakan makanan kegemaran, hormon mempengaruhi barangkali.
Nah, rupanya banyak kebaikan coklat untuk ibu hamil kan..Ayeen memang sangat menggemari coklat ketika hamil, walhal ketika bujang, coklat bukan merupakan makanan kegemaran, hormon mempengaruhi barangkali.
![]() |
Terliur tak? yummeyyy.. |
0 comments:
Post a Comment