welcome note

Jum jadi follower saya!

kahwin

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

KLIK KLIK INI

online user

KLIK KLIK SINI

May 2, 2014

Makanan Yang Perlu Dielakkan Diberi Pada Bayi Bawah Setahun

Salam mommy-mommy!!


Haishh!! kembar HANA ni..hehe
Kan???

     Rata-rata mommy-mommy semua mesti sudah mengetahui jenis makanan yang sesuai diberikan pada bayi anda hasil dari "goggle menggoggle' .Tentulah Puree sayur-sayuran dan juga puree buah-buahan yang menjadi pilihan mommy-mommy semua kan, bagus jika Mommy-mommy memilih untuk memasak sendiri makanan pertama bayi anda berbanding membeli makanan bayi yang sudah siap di rak-rak pasaraya!

   Menurut American Academy of Pediatric, usia yang disarankan untuk mula menceraikan bayi daripada susu ibu ataupun susu formula adalah pada usia 4-6bulan. Selepas tempoh itu, ibu-ibu seharusnya boleh mula secara beransur-ansur memperkenalkan makanan baru kepada sistem bayi mereka. Namun demikian, perlu diingat terdapat beberapa tips makanan yang perlu dielak daripada diberikan kepada bayi anda sehingga mereka berusia 1tahun:

   TETAPI di MALAYSIA makanan pelengkap seharusnya dimulakan selepas bayi berusia 6 bulan ye.. Ok jum kita tengok makanan-makanan yang harus dielakkan diberi pada bayi anda.. Mungkin ramai yang TAK TAHU dan terlepas pandang!!


  1. MADU




-Madu boleh menyebarkan racun yang berbisa dan berbahaya. Saluran usus orang dewasa mampu untuk menghalang daripada pembiakan racun ini tetapi tidak kepada sistem bayi. Memberikan madu kepada bayi boleh mewujudkan toksin di dalam badan dan seterusnya mengancam nyawa bayi.

   2. MENTEGA KACANG




-Tekstur mentega kacang yang melekit dan tebal boleh menyebabkan bayi sukar untuk menelan makanan ini.


   3.  SUSU LEMBU

-Disarankan kepada ibu-ibu untuk terus memberikan susu ibu sehingga bayi mereka berusia 1 tahun kerana bayi tidak boleh memproses sepenuhnya protein yang ada di dalam susu lembu. Susu lembu juga tidak mempunyai nutrisi yang banyak seperti yang terdapat di dalam susu ibu dan mempunyai mineral yang boleh merosakkan pembesaran buah pinggang bayi.

    4.  Garam, gula dan rempah-rempah yang pedas dan kuat :



-Sistem penghadaman bayi belum bersedia. Anda mungkin menghadapi masalah memberi anak anda makan makanan yang berkhasiat jika anak anda diperkenalkan dengan rasa manis gula terlalu awal.


   5.   Makanan Yang Telah Diproses:



-Sup, sayur dan buah-buahan dalam tin mempunyai kandungan garam dan gula yang tinggi.

    6.   Putih Telur 



-Bayi boleh makan kuning telur tetapi anda perlu tunggu sehingga bayi berumur sekurang-kurangnya setahun untuk memberinya putih telur kerana risiko alahan putih telur adalah tinggi.

   7.   Buah-buahan Sitrus:


Sila jangan dera bayi anda macam ni..Sian!!!

-Buah-buahan dan jus citrus seperti buah oren, lemon dan anggur boleh menyebabkan alahan terhadap bayi bawah setahun terutamanya jika terdapat sejarah alahan dalam keluarga. Buah-buahan citrus juga mengandungi asid yang tinggi dan boleh menyebabkan ruam yang pedih.



Sharing is Loving :}

0 comments:

Related Posts with Thumbnails