welcome note

Jum jadi follower saya!

kahwin

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

KLIK KLIK INI

online user

KLIK KLIK SINI

Aug 26, 2010

Aku menangis lagi...

      


       Salam semua..Tajuk entri aku kali ini ialah menangis,aku sangat pasti setiap orang pernah melalui waktu2 sedih dalam hidup kan,tak kira la perkara tu kecil ataupun besar asalkan ianya boleh membuatkan kita rasa sedih dan mengalirkan air mata.Tapi sedih tu tak semestinya kita mengalirkan airmata je kan,lebih2 lagi bagi kaum lelaki, bagi mereka kalau keluar airmata jatuh la ego!!!..ye ke bang?? nanti ego jatuh besama air mata ye. Yang pasti lelaki pun menangis juga kalau sesuatu perkara tu amat menyedihkan.Aku penah je tengok lelaki menangis!!! ayah aku! siyes!


      Apa yang membuatkan korang menangis ek? ada banyak sebab kan,tapi kadang2 kita menangis untuk sesuatu perkara yang tah apa2.Contohnya bile pelajar feberet korang dalam Akademi Fantasia disingkirkan,nangis bila tengok drama2 yang menyayat hati ( aku slalu gak ni kalo tgk drama arahan Rashid Sibir), nangis bila bf korang batalkan janji last2 minit (ade gak.hehe),nangis bila tengok hindustan, nangis sebab kucing hilang.Banyak lagi la kalau nak senaraikan.


     Orang cakap yang selalu keluarkan air mata ni kaum wanita sebab tu la bak kata orang airmata tu senjata wanita, memang betul pun! tu aku sangat mengakuinya. Lelaki ni menangis juga tapi mereka dah diajar dari kecik supaya menjadi hati batu,kuat dan cekal sebab tu la sangat susah nak melihat mereka menangis. Tabahnya kamu wahai lelaki! Dan kalau kita melihat seorang lelaki tu menangis pula bukan lah bermaksud yang mereka ni pondan atau lemah, tetapi mereka tak dapat membendung lagi kesedihan tu.Maafkan lah mereka, mereka juga manusia yang punya hati dan perasaan!


                                   Lelaki juga layak untuk menangis


      Aku pulak kenapa aku menangis ni? Jawapan aku senang je sebab aku wanita yang memang mudah mengalirkan airmata.Tapi kenapa? apa yang membuatkan aku sedih.. Sedang aku melayan lagu2 dari youtube tetibe terklik lagu "Ayah dan Ibu" nyanyian Sudirman. Dengar musik je pun aku da leh mengalirkan air mata..wakaka. Kalau tengok drama2 Rasyid Sibir mesti ade lagu ni,lagi bercucuran macam air hujan la airmata aku ni..



                                                     AYAH DAN IBU~SUDIRMAN
video










Ayah Dan Ibu

Artist: Sudirman


Ayah dan ibu
Itulah permulaan kami
Dapatlah melihat bulan dan
Matahari
Ahai...

Yang dikurniakan dari Ilahi
Ahai...
Ayah dan ibu lah
Mesti dihormati

Ayah dan ibu
Wali dan juga keramat
Pada mereka kita beri hormat
Ahai...
Bagilah tunjuk ajar dan
Nasihat
Supaya hidup
Supaya hidup kita akan selamat




      Bila aku dengar lagu ni je mesti aku teringat kat Arwah Mama..Masuk bulan ramadan ni da 2 tahun da dia tinggalkan kami sekeluarga, waktu tu umur aku 19 tahun.Sebagai anak sulung memang aku kene tabahkan hati,aku memang kene tunjuk kuat depan adik2 semua.Tapi kadang2 aku tak berdaya juga,airmata aku selalu mengalir kalau aku rindukan mama.



         Bantal aku sentiasa menjadi penyerap air mata aku,mekasih bantal! kat engkau gak la aku mengadu kalau aku rindukan mama.Aku rasa tak puas lagi aku dapat kasih sayang dari mama,lagi2 nak raya ni hati aku lagi la tersentuh,.orang lain leh cium tangan mama dia,makan masakan mama dia pagi2 raya, begurau senda,.Tapi aku hanya mampu melihat..TAPI aku tahu ALLAH lagi sayangkan mama..Aku pun sedih tengok mama menderita waktu hidup dia,aku tengok cammane deritanya die lawan penyakit dia,kadang2 mama tak nak tunjuk tapi aku selalu nmpak.Aku nmpak ape yang mama sembunyikan,aku taw die taknak tengok aku ngan adik2 risaukan dia.Aku redha mama pergi!! Aku taknak tengok mama menderita.

      Tapi aku selalu rindukan mama,hidup aku rasa tak lengkap,Tak ada orang nak menasihati aku,telefon aku tiap2 hari,pukul aku (sebab aku degil),masakkan untuk aku,tak ada gak orang nak bekongsi cerita dengan aku,manjakan aku,hang out dengan aku,main tutup botol dgn aku.Aku rasa KOSONG! Tapi aku tetap REDHA..ALFATIHAH selalu aku hadiahkan.Aku harap mama aman disana disisi ALLAH SWT..



      Kawan2..Tolong la jaga ibu bapa korang selagi adanya mereka didunia ni,tolong la jangan wat pekara bodoh hantar mereka kat rumah orang-orang tua.Jangan la jadi manusia yang durjana dan dehaka.Selagi adanya mereka jangan la melawan kata2 mereka,dengar dan patuhi sebab tak ada ibu bapa yang suruh anaknya buat jahat,semuanya demi kebaikkan..Jangan tengking mereka sebalikknya korang sayangi mereka macam mereka sayangi korang waktu kecil2 dulu..Tak ingat ke korang sapa yang mengandungkan,melahirkan,menyusukan,menjaga,membesarkan..Jangan la layan mereka macam sampah bila mereka sudah tua dan tak berdaya,sebaliknya jagalah mereka diwaktu mereka perlukan korang.Sayangi la ibu bapa korang sebelum terlambat., Ntah jap lagi atau esok dan bila-bila mereka boleh meninggalkan kita,. setiap saat bahagiakan mereka!

                                             
P/s-Kalau la waktu boleh diputarkan semula...kadang-kadang kita hanya sedar bila  semuanya sudah telambat, tiada gunanya.


                              
      
                                           WASSALAM
Sharing is Loving :}

4 comments:

LittLeMyRsHMaLLoW said...

....aWakk...=(
...hArUs kUAt ! !

ayeen muhammad said...

Littlemyrshmallow: ye skrg sy da kuat. maceh wak.

::cikserai:: said...

wanita yg mudah menangis..kite same!!cik serai menangis baca entry ni..teringat kat mak ayah di kampung :(

ayeen muhammad said...

cik serai: memang wanita mudah mengalirkan air mata pun.. wahh teharu la cik serai nangis..ngee..
jaga mak ayah cik serai elok2 ye selagi ada.

Related Posts with Thumbnails