Kat bawah ni ade senarai-senarai perkara yang tak disukai oleh perempuan,jadi anda sebagai lelaki kadang-kadang kene ambik tahu juga pasal apa yang tak disukai oleh gf anda kan.Jadi harap ni dapat membantu anda menjadi lelaki yang disayangi dan dihormati pasangan!!!
1) Meninggikan suara.
- Ni merupakan pantang bagi perempuan taw.Sebab mereka akan rasa seperti korang da benci dia. Perempuan kan mempunyai hati yang lembut so kene layan lembut2 la walaupon korang marah..hehe.So suara "macho" anda tu kalo blh kawal la ye.Blh kalau nak gunekan tapi di tempat yang betul,jangan la kalau dia tak salah pun anda marah sekadar nak menunjukkan ego!!!hurm..xbest!
Sabar kan sparuh daripada iman
2) Mengongkong
-Hmm ni pun tak best..Ini tak boleh,itu tak boleh dan semuanya kene report dahulu.Sampaikan nak berpakaian pun bf yang tentukan,tak de life langsung.Nak pergi kedai pun kene bgtahu dulu kalau tak mula la begaduh.Tetapi kalo gf siasat gerak geri korang taw plak korang melenting.Haiyoo!! wa tak dak paham ooo..
Cian kat gf anda..
3) Cemburu buta.
-Cemburu ni memang perlu pun dalam perhubungan, memang la kita blh tahu yang dia sayangkan kita.Tetapi cemburu buta tu tak perlu!! Rimas juga kadang-kadang nak layan.Keluar ngan kawan2 perempuan pun dituduh kuar ngan lelaki laen.Kepercayaan tu penting beb! Memang ada perempuan yang suke bila bf nya cemburu.dia rasa macam dihargai.Tapi tu bukan untuk cemburu buta!!
4)Panas Baran!!
-Ha ni pun sama, memang menjadi pantang bg perempuan dan boleh menimbulkan fobia kat perempuan.Pantang silap sikit maki hamun semua keluar,lagi teruk kalo disepak terajang pulak.Hai belum kawin da wat macam tu kalo da kawen??? pikir2 sendiri la,kalau nak sepak terajang pun dengan lelaki la ni dengan perempuan. Dayus betul!! Hilang dah sifat bertanggungjawab n kepimpinan korang,tak yah becinta la lagi bagus!!!
Bawak2 mengucap...
5)Ego
-Bukan motor Ego ye tetapi ego.Keegoan dan lelaki memang la tak boleh dipisahkan,tapi ada waktunya lelaki jadikan keegoan tu sebagai alasan utk bertindak tanpa pedulikan perasaan gfnya.Ego tu boleh tapi mesti kene pada tempat,jangan la terlalu ego sampai kat kekasih sendiri pun tak mahu mengakui perasaan mu. Weh nanti gf lari la.Takut x??hehe
6)Menipu
-Hmm selalu menipu dengan bagi alasan yang tak munasabah.Kalau korang tak mahu cakap je terus terang,jgn nanti bagi alasan yang tah ape2.Ada juga yang da kawin mgaku bujang, ni pun menipu gak.Penipuan status!!.Berterus terang je la incik lelaki sekalian kerana cik wanita akan menghormati anda.Sikap menipu dan berdolak dalik akan membuatkan perempuan menjauhi anda!!
Pinocio kan suke menipu..
7)Main kayu tiga
-Bab main kayu tiga ni masalah paling besar.Hai korang ni,walaupun dah ada gf,masih sukar untuk setia.Tu la kalau tak bersedia lagi nak ada komitmen tak yahla couple.Kalau digoda skit, terus sambar je tanpa mempedulikan perasaan kekasihnya.Lelaki yang macam ni kalo da kawin mesti suke mengamalkan poligami..hehehhehe
Kuajaq.....
8)Kurang memberikan perhatian.
-Perempuan sebenarnya bukannya nak diberikan perhatian 24 jam sehari tapi cukuplah korang sekadar mengambil tahu akan dirinya,sihat ke dia,dia tengah buat apa..Emm, sebab sifat semulajadi seseorang perempuan itu yang ingin bermanja dan dimanjakan.
Close but so far...
9)Mata duitan
-Lelaki spedo..hehhe..Mereka tak kisah nak kikis duit gf dengan pelbagai alasan."Mak i sakit la u,i takde duit"."Gaji i tak masuk lagi la,guna duit u dulu la". macam2 alasan kan,kalau perempuan mata duitan dah slalu kita dengar ini lelaki mata duitan...wah da ade da skrg.Sanggup ketepikan keegoan anda demi wang!!! tahniah!!
Tak malunyer..
10)Pentingkan kawan-kawan
-Sanggup batalkan dating semata-mata nak men futsal dengan kawan-kawan.Lelaki memang selalu mementingkan kwn2 dalam banyak hal,kalau sekali sekala tu tak pela jangan la setiap kali anda takda masa untuk gf sebab masa untuk kawan2 lebih diutamakan.Baik korang takyah couple.Couple or kawin jela dengan kawan2 korang tu!!! hehe.
11)Tidak tahu menghargai
-Susah nak jumpa lelaki yang tahu menghargai perasaan ataupun perasaan pompuan.Alasannya sebab tak reti nak membaca bahasa perempuan.Hurm!!Apa salahnya sesekali tunjukkan sikap anda yang menghargai diatas apa yang gf anda cuba lakukan.Kalau susah sangat, ucapkan jela terima kasih sebagai tanda menghargai.
Dah abes...Diharap kaum2 lelaki yang membaca sedikit sebanyak tahu apa yang tidak disukai oleh pompuan.Kalau anda tahu senang la anda nak menundukkan perempuan,chewahhhhhh!!!... pompuan maybe tak bgtahu ape yang mereka suka n tak so dengan mengetahui ni kamu boleh la membaca bahasa perempuan tu.!!! Chaiyokkk2!!
2 comments:
11 sahaja? saya ingat ada beratus-ratus.. haha =P
ken ada banyak lagi sebenarnya..hehehhee..
ni yang paling common la..hehehe thankz baca.
Post a Comment