welcome note

Jum jadi follower saya!

kahwin

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

KLIK KLIK INI

online user

KLIK KLIK SINI

Aug 19, 2010

CINTA KIRANA ~ best ~

SALAM OLL..


     Wah tajuk entri aku kali ni ialah CINTA KIRANA.Korang layan tak sinetron ni kat astro?? kalau korang layan mesti korang merasakan cite ni best..huhu.Dah habis cite BENCI BILANG CINTA kini digantikan pula dengan Cinta Kirana,memula aku tgk iklan takde la beminat sangat untuk tengok cite ni, untuk episod pertama pun tak begitu nak menarik perhatian aku sangat, tapi sampai kat part yang Galang nak dijodohkan dengan Kirana dan bibit2 cinta da timbul kat hati Galang, aku da jd cam ketagih lak skrg ni untuk terus duduk depan tv, dan sekarang aku rasa aku adalah peminat setia cite ni..kat bwh ni akan aku serta kan sinopsis cite ni dan para2 pelakonnya.Warghhh!! tak sabar nak tgk Galang!!! 


                               Nia Ramadhani sebagai Kirana                                                 



                                    Randy Pangalali sebagai Galang
                             DAMN so cute,.wargh!!jatuh cinta sama kamu.


SINOPSIS
Kirana adalah gadis berusia 18 tahun yang tinggal dengan neneknya, Sita. Suatu hari semasa sedang menghantar suratkhabar kepada pelanggannya,dia telah dilanggar oleh sebuah kereta yang dipandu Galang. Disebabkan malu kerana ditertawakan, Kirana tidak mampu mengawal emosi lalu menampar Galang.

Setelah mengetahui kemalangan yang menimpa neneknya, Kirana berasa sangat marah dan pergi ke rumah Rama lalu memarahinya. Rama mengikut Kirana ke hospital untuk mengurus segala hal. Betapa terkejutnya Rama saat melihat Sita. Ternyata Rama dan Sita dulunya adalah sepasang kekasih yang terpisah kerana keadaan. Rama dan Sita pernah berjanji untuk menyatukan kedua anak ataupun cucu mereka.

Walaupun tahu Galang sudah mempunyai pilihan Hati, Rama tetap memintanya bertemu dengan Kirana. Galang akhirnya bersedia. Kirana yang juga dipaksa oleh neneknya, akhirnya mau menemui Galang. Tapi pertemuan mereka selalu berujung dengan masalah, dan masing-masing terkejut apabila mengetahui yang mereka telah dijodohkan. Kirana yang tidak mahu bersama Galang, meluahkan rasa hati kepada  Baim yang memang mencintai Kirana, dan Baim mengajak Kirana kahwin lari.

Peristiwa demi peristiwa yang dihadapi Kirana dan Galang membuat mereka dekat, dan tanpa disedari, benih benih cinta mulai muncul dihati mereka. Saat hubungan Kirana dan Galang semakin baik, terjadi sebuah sebuah kemalangan yang menyebabkan Galang meninggal. Setelah itu, semua bisnes dan perusahaan keluarga bankrupt tetapi Kirana berjanji untuk menyelamatkan keluarga itu. Kirana mula bekerja tetapi setiap pekerjaan yang dilakukan gagal kerana sikap barannya.

Kirana yang putus asa menemui salah seorang teman Galang untuk memohon pekerjaan lalu diperkenalkan dengan seorang jejaka bernama Evandra. Evandra adalah seorang pemilik sebuah syarikat penerbitan dan juga anti wanita sehinggakan tiada seorang penulis pun di syarikatnya adalah wanita. Semakin mengenali Kirana kebencian Evandra terhadap wanita juga perlahan-lahan menghilang setelah dia mula jatuh hati dengan Kirana yang sangat setia terhadap Galang.

Suatu hari, Kirana bertemu dengan seseorang yang sangat mirip dengan Galang, tapi dia tidak mengenali Kirana dan mengatakan bahwa namanya adalah Mischa, dan dia adalah tunangan seorang Wanita bernama Renata. Mischa sememangnya adalah Galang namun kerana telah terhutang budi kepada Renata yang menolong menyelamatkannya, dia rela menjadi Mischa. Namun, jauh di sudut hati, Galang masih mencintai Kirana dan sedih kerana tidak mampu mengembalikan cintanya untuk Kirana.

Adakah cinta mereka bersemi semula? 


Okayh kat bawah ni ade lagu dalam crita Cinta Kirana ni.Kalau korang nak download sila la kliksini okai, Best sangat lagu ni, dan aku sertakan liriknya skali.Selamat menonton, mendownload dan menyanyi.ahakz





Lirik Lagu Yovie & The Nuno – Dia Milikku
semula ku tak tahu
engkau juga kan ingin memilikinya
bukankah ku lebih dulu
bila engkau temanku
sebaiknya tak mengganggu
reff:
dia untukku, bukan untukmu
dia milikku, bukan milikmu
pergilah kamu, jangan kau ganggu
biarkan aku mendekatinya
kamu tak akan mungkin mendapatkannya
karena dia berikan aku pertanda juga
janganlah kamu banyak bermimpi, oooh
dia untuk aku
bukankah belum pasti
kamu juga kan jadi dengan dirinya
dia yang menentukan
apa yang ’kan terjadi
tak usah mengaturku
reff2:
dia untukku, bukan untukmu
dia milikku, bukan milikmu
lihatlah nanti, lihatlah saja
biarkan aku mendekatinya
kamu tak akan mungkin mendapatkannya
karena dia berikan aku pertanda juga
janganlah kamu banyak bermimpi, oooh
kusarankan engkau mundur saja, ooo
repeat reff
repeat reff2
dia untuk aku
bukan, dia untuk aku
















P/S- Sangat tertarik dengan incik Galang,reason aku tgk cite ni sebab Galang! love u.AHAKZ!

Sharing is Loving :}

0 comments:

Related Posts with Thumbnails