welcome note

Jum jadi follower saya!

kahwin

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

KLIK KLIK INI

online user

KLIK KLIK SINI

Aug 25, 2010

Cinta Sebenar..



Jika kamu memancing ikan,
setelah ikan itu terlekat di mata kail
hendaklah kamu terus mengambil ikan itu
Janganlah sekali-kali kamu lepaskan ia
semula ke dalam air begitu saja,
Kerana ia akan sakit oleh
kerana bisanya ketajaman mata kailmu
Dan mungkin akan menderita selagi ia masih hidup..
Begitulah juga setelah kamu memberi
banyak penghargaan kepada seseorang,
Setelah ia mula menyayangimu
hendaklah kamu menjaga hatinya….
Janganlah sesekali kamu terus meninggalkannya begitu sahaja,
Kerana dia akan terluka oleh kenangan bersamamu,
Dan mungkin tidak dapat melupakan segalanya,
Selagi dia mengingatimu.

   
     Begitulah cara bagaimana mahu becinta, janganlah sewenang-wenangnya kita memainkan perasaan orang yang menyayangi kita sebaliknya kita perlu pelihara dia dan sayangi dia,kebahagiaan akan diperolehi jika cinta tidak dipemainkan dan dijaga.Tapi kenapa rata2 yang menganggap cinta di sesuatu yang boleh dijual beli.Cinta itu tulus dan suci, sesuatu yang indah jika dihayati.Kita lahir di muka bumi ni atas sebab cinta.Pada yang mempermainkan cinta sila keluar dari dunia anda,jangan meletakkan cinta pada kedudukan yang terendah.




       Cinta itu buta,kadang-kadang kita tidak menyangka kita boleh jatuh hati pada orang yang selama ni tak pernah kita fikirkan.Mungkin dia tak secantik dan setampan  orang yang kita idam2kan selama ini tapi bila cinta tu datang,ia tak mengenal paras rupa,harta, kekurangan dan sebagainya.Apa kekurangan dia akan kita terima seadanya dan mensyukurinya.Itu tandanya cinta yang sebenar.






Kadang kala, orang yang kamu cintai
adalah orang yang PALING menyakiti hatimu
dan kadang kala, teman yang membawamu ke dalam pelukannya
dan menangis bersamamu adalah cinta yang tidak kamu sadari.


       

    
Cinta sejati bukanlah ingin memiliki
Cinta sejati bukan pula nafsu untuk menguasai
Apalagi memanfaatkan
Cinta sejati ialah kerelaan memberi, tanpa ingin dibalas
Cinta sejati itu berkorban, tanpa mengharap imbalan
Cinta sejati adalah menjaga, agar yang dicintai tetap dalam kebaikan
Cinta sejati itu tekad melindungi, menjaga, mengasihi, memberi, berkorban
Meski jiwa, maupun nyawa

Demi kemuliaannya..









         Bagi aku cinta sejati tu susah dicari kerana cintanya betul2 tulus,susah nak cari cinta begitu lagi sekarang ni,bagi aku cinta sejati cinta orang dulu-dulu,penuh malu-malu dan tak berlebih2..Zaman berganti zaman definasi cinta sejati pun berubah mengikut arus kemajuan dan kemodenan dunia.Cinta sekarang maksudnya berani untuk menunjukkan cinta walaupun salah dan dosa.Ntah la, kesucian cinta tu tak lagi di hayati.Kadang2 aku keciwa dengan hidup dan cinta zaman sekarang.Memang aku mencintai dan tak mahu kehilangan tetapi adakah cinta sejati yang aku dambakan tu, masih wujudkah di zaman sekarang ini,orang yang boleh membimbing,melindungi, menasihati,seperti abang yang menjaga adik2nya sendiri.Susahnya nak mencari seperti itu lagi.Cinta sejati tidak memusnahkan atau merosakkan diri kekasih yang dicintai. Malah ia menjaga agar kekasih tetap suci dan selamat sebagaimana sucinya cinta itu sendiri.





                   ERTI CINTA ~ MAYA KARIN


Sharing is Loving :}

0 comments:

Related Posts with Thumbnails