welcome note

Jum jadi follower saya!

kahwin

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

KLIK KLIK INI

online user

KLIK KLIK SINI

Aug 16, 2010

Nak Tahu Rahsia wanita? Singgah Sini!!

SALAM OLL




   Ada beberapa rahsia wanita yang ingin aku kongsikan untuk para2 lelaki.Kalau korang menyukai atau menyayangi seseorang wanita mesti korang nak tahu kan ape rahsia yang ingin aku kongsikan.Dengan cara ni korang boleh tahu bagaimana bahasa perempuan yang memang diketahui amat payah untuk dimengertikan.Chewah2! Jum kita singkap satu persatu.


1)  Bila sorang wanita mengatakan dia sedang bersedih,tetapi dia tidak menitiskan airmata,itu bermakna dia sedang menangis di dalam hati.






2) Wanita sukar nak cari benda yang dia benci tentang orang yang paling dia sayang (sebab itu ramai wanita yang patah hati bila hubungan itu putus di tengah jalan).


3) Sekiranya sorang wanita jatuh cinta dengan sorang lelaki, lelaki itu akan sentiasa ada di fikirannya walaupun ketika dia sedang keluar dengan lelaki lain.


4) Bila lelaki yang dia suka dan cinta merenung tajam ke dalam matanya, dia akan cair seperti coklat!!




5) Wanita memang sukakan pujian tetapi selalu tidak tau macam mana nak menerima pujian.


6) Jika kamu tidak suka dengan gadis yang sukakan kamu separuh mati, tolak cintanya dengan lembut, jangan berkasar sebab ada satu semangat dalam diri wanita yang kamu tak akan tahu bila dia dah buat keputusan, dia akan lakukan apa saja.


7) Bila pertama kali lelaki yang dicintainya dalam diam memberikan respon positif, misalnya menghubunginya melalui telefon, si gadis akan bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak berminat, tetapi sebaik saja ganggang diletakkan, dia akan menjerit kesukaan dan,tak sampai sepuluh minit, semua rakan-rakannya akan tahu berita tersebut.




8) Jika sorang wanita memberi seribu satu alasan setiap kali kamu ajak keluar, tinggalkan dia sebab dia memang tak berminat denganmu.




9) Selepas sorang gadis jatuh cinta, dia akan sering tertanya-tanya kenapalah aku tak jumpa lelaki ini lebih awal.


10) Bekas teman lelaki akan sentiasa ada di fikirannya tetapi lelaki yang dicintainya sekarang akan berada di tempat teristimewa iaitu di hatinya!!


11) Wanita paling benci lelaki yang berbaik-baik dengan mereka semata-mata nak tackle kawan mereka yang paling cantik.


12)Semua wanita mahukan sorang lelaki yang cintakan mereka sepenuh hati..






13) Wanita suka jika sesekali orang yang disayanginya mengadakan surprise buatnya (hadiah,bunga atau sekadar kad ucapan romantis). Mereka akan rasa terharu dan merasakan bahawa dirinya dicintai setulus hati. Dengan ini! dia tak akan ragu-ragu terhadapmu.


14) Wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang ambil berat tentang mereka dan baik terhadapnya. So,kalau nak memikat wanita pandai-pandailah…


15) Hatinya sensitif,bukan bermaksud suka merajuk , tapi hanya ingin bermanja dan mendapatkan perhatian.


16) Hatinya halus ibarat sehelai sutera ,cantik,mulus,lembut dan mudah tercarik dan koyak,walaupun seorang wanita memaafkan seseorang yang lain atas sebab sesuatu kesalahan,biasanya WANITA akan ingat kesalahan tersebut untuk disimpan jadi pengajaran. Bukan DENDAM


17) Keikhlasan seorang wanita tak perlu diragui.


18)SEKS bukanlah segala-galanya buat WANITA kerana wanita diciptakan dengan 9 nafsu dan 1 akal.NAFSU yang banyak dan tidak tertumpu kepada satu saja.Lelaki pula dijadikan dengan 9 akal dan 1 nafsu,fungsi lelaki adalah membimbing wanita dan bukan menghanyutkan.


19)Kalau pompuan cakap TAKDE APA-APA,Ini bermakna "something" dan korang perlu berjaga-jaga! Perkataan ini melambangkan perasaan perempuan yang inginkan anda berputar-putar macam kat dalam mesin basuh.


20) Jangan lupa, mereka juga ada ego yang terselit di celah-celah kelembutan mereka. Apabila mereka terancam atau tercabar, lahirlah sifat amarah, cemburu dan cepat merajuk. Masalah akan timbul bagi mereka yang suka memendam terhadap sesuatu yang mereka tidak puas hati. Mereka akan "meletup" pada suatu hari. Tetapi, kamu jangan sama-sama meletup. Kamu juga jangan lupa dalam diri kamu wujud satu sifat kepimpinan untuk menyelesaikan masalah yang timbul dalam keadaan yang terkawal. Cari sebab mengapa ia terjadi dan bawa berbincang. Ditahap ini, kesabaran, toleransi dan komunikasi amat penting. Lakukan dalam keadaan ketika mereka sudah "sejuk". Mungkin kamu juga boleh tenangkan diri kamu dengan berfikir secara positif contohnya mengapa mereka cemburu. Itu kerana mereka sayangkan kamu!


21) Berkongsilah masalah dengan mereka,cuba dengar pendapat mereka, sekurang-kurangnya mereka akan berasa yang mereka itu penting dalam diri kamu dan diperlukan.






22) Gunakan sepenuhnya teknologi yang ada di zaman sekarang. Seringlah menelefon atau menghantar sms untuk bertanyakan khabar atau paling minima mengucapkan "Hai" untuk menunjukkan bahawa dia sering di hati kamu. Bagi mereka walaupun satu ungkapan atau satu ayat, ia merupakan sesuatu yang sangat berharga dan begitu bahagia menerimanya.


  Okai, tu antara rahsia2 yang berjaya aku kongsikan dengan korang,diharap lepas ni korang boleh membaca hati dan perasaan wanita dengan baik.Selamat membaca.




                                      
              WASSALAM..
Sharing is Loving :}

2 comments:

brat2104 said...

yup! ada poin di situ...

ayeen muhammad said...

brat: wah point ape disitu???hehe

Related Posts with Thumbnails