welcome note

Jum jadi follower saya!

kahwin

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

KLIK KLIK INI

online user

KLIK KLIK SINI

Nov 15, 2012

Hello Diet Atkins!!!!

                Salam semua..

     Hari ni hari ke-4 aku mengamalkan DIET ATKINS ni dan alhamdulillah turun 1 kg dan perut rasa cam kempis sikit, dan aku berazam untuk meneruskan diet ni sampai la aku dapat berat target aku.. Sedihnya.. Badan memang semakin naik dan ramai sangat orang tegur.. Aku akui badan aku memang mengalami peningkatan mendadak sejak aku start kerja..iaitu 2 tahun yang lalu.. Peningkatan sebanyak 17kg.. turun sekejap lepastu naik balik.. Berat ideal aku ialah 60kg so skrg ni memang da melampau2 la kan naek berat aku tu..Korang tambah la sendiri 60 + 17.. haaaaaaa sedih.. sangat sedih..
 
Berat 60 kg
   

Berat sekarang 60 +17..uwaaaaaaa

      Lagi satu aku memang perlu kurus sebab nak kawen.. lagi 4 bulan je.sobsob..Mesti la nak cantik kan time jadi raja sehari tu..Semua orang pun nak macam tu... Incik tunang saya Kurus je..uwaaaaaaaa..Sapa nak nampak lemak berlebih kat gamba kahwin die.. Mimpi ngeri.. Haishh aku da penat la menternak lemak ni..hahahhaahahha

      Kalau nak ikutkan, aku memang tak banyak makan sebenarnya.. Aikkk!!! kalau tak banyak makan macam mana boleh gemuk plak???? sebenarnya aku ni mengalami masalah Imsomnia, bagi aku sangat teruk jugak la masalah aku ni, aku sangat susah nak tdo malam.. tido kul 4,5 pagi tu memang kebiasaan aku.. paling teruk penah tak tido satu malam pastu terus pergi keje shift pagi, slalu juga macam ni.. Macam korang tahu rutin kerja seorang nurse kan ada 3 shift.. kalau keje pagi tu masuk pkul 7.. keje petang masuk pukul 2, keje malam masuk pukul 9 mlm.. Stress sangat sebab masalah tu.. so bila aku tak boleh tido aku tak tahu nak buat apa lagi dan biasa la kalau kita berjaga malam kita akan lapar kan.. time tu la aku pulun makan nasik 2,3 pagi..  Lepas makan nasik tu baru la aku rasa sangat mengantuk.. Macam korang makan nasik lemak pagi2 la kan pastu rasa mgantuk je kat tempat keje.. Sama la situasinya disitu.. so kalau aku nak tido mesti aku makan nasik.. Bermula la kegemukkan di situ... stressssss!! nmpak tak nampak tak!!!

     Lagii satu bila kerja shift malam automatik waktu tidur aku bertukar.. yela malam berjaga, siang plak pas balik keje aku tido.. Bila berjaga, haish apa lagi nak buat.. da la supper dibekalkan..hahahhaha.. Kalo dah bosan dengan supper yang disediakan pihak hospital kami order MCD..Nampak tak nampak tak??? so bila dah kerja malam ianya memang mempengaruhi waktu tidur aku. keje malam 2 hari, tapi aku berjaga tiap-tiap malam selepas tu..Sedihhh!!

     Jadi.. kawan-kawan tolong doakan aku.. dan bagi yang dah kurus dengan diet atkins ni bagi la tunjuk ajar ye. Sekarang aku tengah mencekalkan hati untuk tak makan pada waktu malam walaupun susah nak tido.. heeeeeeeeee... Terima kasih..



Sharing is Loving :}

1 comments:

Chenta Hatimu said...

salam...cmne nk diet atkins tu ye?sy bride to be januari dpn...

Related Posts with Thumbnails