welcome note

Jum jadi follower saya!

kahwin

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

KLIK KLIK INI

online user

KLIK KLIK SINI

Apr 18, 2014

Asma Dikalangan Bayi dan Kanak-Kanak, Tip Mengatasi dan Tindakan Yang Perlu Dilakukan.

Salam Mommies- mommies,.


    Hari ni Ayeen nak berkongsi satu penyakit yang begitu popular dikalangan bayi dan kanak-kanak. Cukup popular sampaikan rakan-rakan sekeliling ayeen sendiri mengalami, dekat 2,3 orang juga yang mengalami masalah penyakit ASMA dikalangan anak-anak mereka.. Asma dikalangan kanak-kanak menurut kajian adalah lebih 10-14% dan mungkin semakin meningkat. AWAS!! mak-mak, ibu-ibu, mommy-mommy!!!

    Bagi ibu-ibu yang mempunyai anak yang sering mengalami masalah asma mungkin sudah terbiasa dan sudah mengetahui bagaimana cara untuk meredakan serangan asma tersebut. Bagi ibu-ibu yang pertama kali pula pasti cemas dan tak keruan kan.. 

   Mari ayeen titipkan sedikit info-info berguna tentang ASMA, semoga dapat menjadi rujukan..

Apa itu Asma??

Asma atau lelah adalah sejenis keadaan kronik yang melibatkan saluran pernafasan, dimana saluran pernafasan menjadi sempit serta tersekat oleh lebihan lendir atau lebih dikenali sebagai mukus. ini disebabkan oleh faktor pencetus yang menyebabkan keadaan ini berlaku..


Untuk gambaran jelas


PENCETUS SERANGAN ASMA 


-Habuk/kutu rumah, debunga dan bulu binatang. 
-Jerebu dan pencemaran udara. 
-Persekitaran yang sejuk ( cuaca main peranan juga ye)
-Jangkitan saluran pernafasan, batuk dan selsema 
-Merokok dan asap rokok 

TANDA-TANDA PENYAKIT ASMA 

-Batuk terutama pada waktu malam atau cuaca sejuk 
-Nafas berbunyi/wheezing“ (seperti siulan) 
-Rasa ketat/ ketegangan di dada. 
-Kesusahan bernafas atau batuk selepas aktiviti fizikal. 

TANDA-TANDA PENYAKIT ASMA YANG TERUK 

-Kesusahan bernafas. 
-Kesusahan untuk bersuara/bercakap 
-Kelihatan sangat penat 
-Kebiruan pada kuku dan bibir. 
-Terdapat lekuk pada bahagian dada apabila bernafas. 

   Antara pencegahan yang anda boleh lakukan ialah :

1) Jangan merokok di sekeliling bayi dan anak-anak anda, dan jangan biarkan orang lain melakukannya. 

2)Susukan bayi anda seberapa lama yang boleh,penyusuan susu ibu secara eksklusif sekurang-kurangnya empat bulan,  telah terbukti untuk mengurangkan insiden asma.

3)Beri bayi anda makan ikan yang kaya dengan Omega-3 asid lemak sebaik sahaja dia mampu untuk mula makan makanan pejal, Untuk kanak-kanak boleh terus memberi sumber ikan yang tinggi omega-3.

4)Jangan memelihara Haiwan Berbulu, kerana bulu haiwan boleh menyebabkan alergi dikalangan bayi dan kanak-kanak yang mengalami asthma

5)Dapatkan Rawatan segera di klinik-klinik atau hospital yang berdekatan.



Tips untuk ibu :



-Jika serangan ini berlaku semasa anak tidur, 

 Dudukkan anak dan sokong belakangnya dengan bantal. Anda juga boleh mendudukkan  anak anda di atas kerusi dan lengannya diletakkan pada belakang kerusi supaya beban pada  dadanya diringankan. Ini membolehkan otot dada mengeluarkan udara dengan lebih cekap.

-Bertenang

 Keresahan hanya akan membuat anak anda lebih takut. Semasa menunggu doktor, cuba  alihkan perhatian anak kepada benda lain. Misalnya, menyanyikan lagu untuk membantu  anak melupakan keadaan nafasnya yang berdehit.

-Jika doktor gagal menentukan punca asma

 Cuba tentukannya sendiri,catatkan bila serangan ini berlaku dan waktunya. 
 Pastikan rumah anda bebas dari alergen yang biasa seperti kekabu. Gunakan pembersih  vakum untuk memvakum habuk di rumah.
 Kebanyakan pesakit asma alah terhadap haiwan. Jika anda membela haiwan kesayangan,  minta bantuan rakan untuk menjaganya selama beberapa minggu untuk menentukan sama  ada kekerapan serangan asma anak anda berkurangan. Pastikan anak membawa ubat pada  setiap masa. Maklumkan kepada pihak berkuasa sekolah tentang kemungkinan serangan ini  akan berlaku.

-Rujuk kepada pakar fisioterapi 

Anak anda boleh mempelajari cara bernafas untuk membantunya menenangkan diri semasa berlaku serangan. Galakkan anak duduk atau berdiri tegak supaya paru-parunya mempunyai lebih ruang. Jangan biarkan anak menjadi terlalu gemuk kerana ini akan membebankan paru-parunya.

-Senaman ringan 

Dapat membantu pernafasan anak tetapi latihan yang berat boleh membawa kepada serangan asma. Berenang merupakan latihan jasmani yang sangat baik.

-Anak disyorkan memakai lencana “Medic Alert”.


     Ok best tak tips-tips ni?? semoga dapat membantu ibu-ibu yang mempunyai anak dengan masalah asma.. follow ayeen untuk lebih info yang best-best ye..

      Tahukah anda terdapat supplement yang boleh mengurangkan masalah asma dikalangan anak-anak anda??Digalakkan untuk mengambil beberapa jenis supplement tambahan selain ubat dari klinik atau hospital sebagai menambah kekuatan sistem imun badan simanja anda 


--------> klik sini








Sharing is Loving :}

0 comments:

Related Posts with Thumbnails