welcome note

Jum jadi follower saya!

kahwin

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

KLIK KLIK INI

online user

KLIK KLIK SINI

Apr 19, 2014

Makanan Pertama Bayi anda

Salam Mak-mak yang comel,.


    Tajuk entri kali ini adalah tentang makanan pertama bayi. Bagi ibu-ibu yang sudah mempunyai pendedahan tentang perkara ini mungkin tidak mempunyai masalah kerana sudah mempunyai pengalaman dari anak pertama,tetapi bagaimana pula dengan ibu-ibu muda macam ayeen ni yang pertama kali nak mendedahkan diri dengan benda baru ni? 

    Memandangkan tidak lama lagi bayi ayeen juga akan memulakan makanan pertamanya,jadi perlulah ayeen mempersiapkan diri dengan membaca dan men'google' info-info yang berkaitan dengan makanan pertama bayi,. Sungguh, memang ayeen tidak sabar menunggu detik itu, kurang 2 bulan dari sekarang. Tarikh memulakan makan perlengkap juga sudah diberitahu oleh jururawat di klinik ibu dan anak tempoh hari. 

  Pelbagai persoalan yang bermain difikiran ayeen dan ibu-ibu muda seperti kami, antaranya :

"Apakah makanan yang sesuai untuk bayi?"

"Nestume baguskah sebagai satu sumber makanan bayi?"

"Bagaimana penyediaan makanan untuk bayi?"

"Apakah sumber yang paling baik dijadikan sebagai makanan pertama?"

     Jadi mari kita sama-sama berkongsi info dan ilmu yang diperolehi sebagai persediaan untuk melalui detik tersebut. Masyaallah tak sabarnya !!!! di bawah ni sedikit info dari ayeen, jum kita terjah.

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

   Sebenarnya kita telah dedahkan anak kita dengan makanan dengan melakukan amalan BERTAHNIK!! jum lihat sumber yang ayeen perolehi dari -----> Blog Tanya Dietitian

AMALAN BERTAHNIK

    Sejurus selepas kelahiran dan seeloknya sebelum penyusuan pertama, adalah sunat untuk kita menyapukan cebisan kecil kurma yang dilembutkan ke lelangit bayi. Selalunya, ibu bapa atau orang-orang soleh akan melaksanakan amalan ini. Tahnik atau belah mulut afdal dilaksanakan dengan buah kurma. Jika tiada, boleh menggunakan kurma muda atau makanan yang manis seperti madu.

    Amalan tahnik dipraktikkan berdasarkan amalan Rasulullah yang mentahnikkan Abdullah bin Abi Talhah ketika beliau dilahirkan dengan cara mengunyah dan mengeluarkan semula kurma tersebut untuk diletakkan ke mulut bayi (HR Muslim).

TUJUAN BERTAHNIK

 Tujuan bertahnik selain dari mengamalkan sunnah Rasulullah s.a.w adalah untuk melatih bayi untuk makan dan menguatkannya (Ibn Hajar, Fath al-Bari 15/390). Secara fitrahnya, bayi dilahirkan dengan deria rasa yang sensitif terhadap rasa masam dan manis, jadi pemberian manisan akan merangsang deria rasa bayi serta penghasilan air liur bagi membantu penghadaman sebelum bermulanya penyusuan pertama.

Selain itu, terdapat kajian yang menunjukkan pemberian manisan akan memberi kesan analgesik atau tahan sakit kepada bayi yang mengalami masalah sebagai contoh semasa kesakitan akibat prosedur pemeriksaan darah, suntikan vaksinasi dan sebagainya. Jadi, yang penting adalah rasa manis makanan tersebut bukanlah untuk mengenyangkan bayi.


    Amalan bertahnik atau dikenali sebagai belah mulut sudah semakin jarang diaplikasikan. Bagi ayeen, mengikuti amalan Ras adalah satu perkara yang sangat baik biarpun ianya hanya SUNAT untuk dilakukan.

  
   Terdapat tanda yang menunjukkan bahawa bayi anda sudah bersedia untuk mencuba makanan baru,  iaitu:

-Mempunyai berat badan yang 2 kali ganda dari waktu dilahirkan
-Kalau kita makan, dengan khusyuknya baby kita tengok makanan yang sedia terhidang kat   atas meja
-Memasukkan jari di dalam mulut mereka, kekadang lebih dari satu jari..
-Setiap kali diacah dgn tangan ataupun sudu pasti dia akan membuka mulut (nganga)
-Kebolehan menggerakkan lidah atas dan bawah
-Mencuba untuk mencapai sudu, pinggan, mangkuk dan sebagainya.

Tetapi anda perlu ingat ye :

  Kementerian Kesihatan menyarankan supaya anda menyusu badan secara ekslusif sehingga bayi anda berusia enam bulan. Selepas enam bulan, susu badan sahaja tidak akan memberikan bayi anda nutrien yang secukupnya, terutamanya zat besi, oleh itu sumber 
makanan lain diperlukan


POLISI PENYUSUAN SUSU IBU

  “Semua ibu digalakkan untuk menyusui anaknya dari lahir sehingga berumur 6 BULAN dan meneruskannya sehingga berumur 2 TAHUN” 

  dan ini bermakna selama 6 bulan, bayi tidak diberi makanan lain selain susu ibunya dan tiada susu tambahan, tiada nestum, tiada air masak.. hanyalah semata2 susu ibu. Itu adalah penyusuan eksklusif

Carta makanan bayi

  Mak-mak boleh la menggunakan Carta makanan bayi diatas sebagai panduan didalam persediaan penyediaan makanan bayi.Tetapi Harus diingat ye,, Makanan perlulah SEPARA PEPEJAL bukan semata-mata pepejal seperti nasik goreng, pisang goreng atau kuih lopes..hehehee.


Jum layan info bergambar dibawah Sumber dari Majalah PAMA





























Bestkan info dari majalah PAMA ni memang sangat-sangat berguna bagi ibu-ibu yang kekurangan pengalaman macam ayeen ni.. heheh.. Oh ya Blender yang sesuai juga perlu dipilih untuk mengisar makanan bayi anda tanpa bercampur dengan cili dan bebawang.. hehehe..

Jum dapatkan SHAKE n TAKE dari ayeen : IKLAN JAP.. heheheheh






Boleh hubungi ayeen yer untuk mendapatkan Shake n Take di talian 011 12853251 atau emailkan di ayeenluv89@gmail.com







Sharing is Loving :}

0 comments:

Related Posts with Thumbnails