welcome note

Jum jadi follower saya!

kahwin

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

KLIK KLIK INI

online user

KLIK KLIK SINI

Aug 12, 2010

Adakah NURSE bakal menantu idaman???

SALAM OLL..


     Mesti korang tertanya-tanyakan kenapa tetiba aku nak buka pasal tajuk ni.Bukan apa, tetiba je kepala otak aku terpikir pasal tajuk ni.Memandang aku ni seorang nurse jadi aku nak orang pandang la profession ni sebagai satu profession yang mulia dan terpuji,Yang aku slalu dengar ramai yg condemn nurse ni garang,kasar,sombong, tak mesra pesakit, cuai dan macam-macam lagi la.Sebenarya tak semua yang macam tu,sesetengah je yang tak dapat menghayati apa tu tugas seorang jururawat tu. Jangan sebabkan sorang habis semua jururawat2 kat dunia ni pun kene,bak kata pepatah "Kerana nila setitik rosak susu sebelanga".
    Ni la maksud nurse. tu kat hospital boleh kat rumah pun boleh.
   
      Alamak serius sangat la plak aku..ahakz! bukan apa aku pun kadang2 emo gak,biasa la manusia biasa. Tak ada orang pun yang sempurna.Sebab tu tetiba otak aku dok tepikir tajuk entri tu.Asik cakap buruk je,meh kita cakap yang best plak pasal nurse ni.Dulu-dulu aku slalu dengar mak n makcik2 aku cakap: 

  "Jadi nurse ni kan bagus,boleh tolong orang sakit,banyak pahala sebab hari2 ziarah orang sakit dan lagi satu mak-mak pun suka kalo nak jadikan nurse2 ni menantu tau"..

    Aku pun tak paham kenapa pulak mak n makcik2 aku cakap macam pekataan yang di highlight tu.Lama-lama bila aku da habis blaja ni aku terfikir:

"Betol gak ek apa yang mak aku cakap dulu". ujarku sambil tersenyum penuh makna..haha.

   Aku tak tahu perkara ni sampai la aku baca balik apa ciri2 seorang nurse tu.Menurut PROF. DATO’ DR. IKRAM SHAH BIN ISMAIL yang tak lain tak bukan pengarah Pusat Perubatan Universiti Malaya tempat aku blaja n bakal bekerja nnt,dia ada senaraikan ciri2 seorang jururawat yang berkualiti dan berintegriti,bila aku baca tu aku fikir lak ape rasionalnya dan berkaitnya ciri2 tu dengan tajuk entri aku ni..ahakz! nak tahu tak??? jum2 aku senarai kan dan huraikan ikut pandangan aku.

1) BAIK BUDI  
-Wah! memang sebagai seorang emak dia nak bakal menantu dia tu nanti seorang yang baik budi,tanya la mak sapa2 pun mesti yang first skali dia cakap nak menantu baik.Dorang tak cakap pun "Amat nanti bakal menantu mak ko cari yang cantik n seksi persis model ek,senang la mak nak blaja tip2 kecantikkan". wahaha..Ada ke ek yang macam ni? jawapannya tentu la takda.ngokngek! Baik budi ni subjektif,.tak boleh nak diukur.ada je yang berpura2,ada yang btul2 baik..hehe
                                         siapakah gerangan si baik budi tu..


2)EMPATI
-Bagi yang tak tahu, empati ni bukan lah bermaksud pati buah ataupon PATI-pendatang asing tanpa izin.ngee.Empati bermaksud Kita dapat memahami perasaan/tekanan yang dihadapi oleh orang lain,or dapat menyelami perasaan orang lain seolah-olah kita berada ditempatnya.korang slalu rasa macam ni kan bila kerja, sama la cam aku..hehe.Ha! tu kan ciri-ciri menantu yang baik tu.contoh:Bakal mak mertua korang tu mengidam nak makan gula-gula, die merungut2 kat korang cakap, "Ayeen anak makcik tak bagi makcik makan gula2,makcik teringin sangat gula2 tu,dia cakap nnt rosak gigi". So dengan rasa betanggungjawabnya korang pun datang kat umah mak mertua n bawak gula2 utk mak mertua korang. bila bf korang marah just cakap je "Cuba awk bayangkan waktu awak kecik2 dulu mak awak tak bagi awk makan gula2,apa yang awk rasa??? mcm tu gak yg mak awk rasa,sambil korang pun berlalu sambil ckp yes!!. pasni mak mertua aku syg lebih ni.kwang2!

                                                memahami orang laen


3)BERKEYAKINAN
- Ni lagi hebat,mak2 suka kalo yang berkeyakinan ni.Dia pun yakin je nak lepaskan anak dia untuk korang."Terjamin sikit hidup anak kita ni nanti,yakin je saya tengok cara si pulah tu bila kita uji dia kan bang kan,relex je,cayalah!! he's rox!". kata seorang bakal mak mertua kepada suaminya.Hasil dari korang bagi perawatan dengan yakin kat pesakit n pesakit pun jadi tenang je dengan kamu.



4)SENTIASA CERIA DAN AKTIF
-Ceria dan aktif memang semua orang pun suka,bukan mak n bapak mertua je.Pasal apa dorang ske menantu yg ceria dan aktif ni ek? yg pendiam n emo je tak leh ke nak jadi menanti idaman. wahaha,dalam mimpi! Dorang suke sebab dorang anggap korang ni pandai bawak diri,masalah semua pun ada masalah tp korang still ceria dan tersenyum je.Mesti dorang ingat korang sentiasa menceriakan pesakit tyme korang kerja..Anak dia nnt mesti bahagia bila ade penceria dalam hidup.Kalo aktif plak mesti la lagi dorang suka, cepat la dorang dapat timang cucu bila korang aktif.Ayark!

                                          Saya seorang yg ceria n aktif (*_*)


5)BERTOLAK ANSUR
-Korang sanggup je bertolak ansur bila bf korang nak pinjam kereta nak bawak mak n bapak mertua korang jalan2 sebab kereta dia kat bengkel walaupun tyme tu korang nak guna kereta, korang sanggup merempit dengan motor RXZ pakwe korang..Ahakz!
Da tentu mak n bapak mertua rasa terharu dan menangis teresak2,.Ni hasil dari sikap bertolak ansur korang time keje la,bila kene tuka cuti or shift keje dgn kawan-kawan.

                               Ini bertolak tolakkan,ansurnya mana??ngeng.

6)SENTIASA KEMAS 
-" Siah, aku tengok Ayeen anak mat tu kemas n segak je dia ek.Tak penah aku tengok dia selekeh n kusut masai,cumil je la.Hai, nak je aku masuk meminang die untuk anak aku si Ridzuan tu".ngokngek!..wakaka tegelak guling2 aku baca.Tak ada masalah untuk kemas sebab kita kan dah diajar sentiasa kemas ketika bertugas.ngee.



7)MEMPUNYAI TAHAP KESIHATAN YANG TINGGI
-Korang sebagai perawat sudah tentu pandai menjaga diri sendiri n bakal suami.So tak ada masalah la bab2 kesihatan ni sebab korang taw apa yg korang nak wat.Kalo demam wat ape murid2? Asses ye tahap demam tu,pastu buang kainan yang berlebihan,wat tuam sejuk,mandi lap suhu,bg ubat dan asses balik keberkesanan ubat slpas 30 minit.blablablabla.. Senang la kalo bakal mak n bapak mertua korang sakit mesti korang leh jaga mereka.Wah sejuk hati!!!

                                     Nah makcik makan ubat ye.

8)BERANI UNTUK BERTANYA
-Ini menunjukkan yang kamu ni memang seorang yang berani! kamu tak takut malu,tak takut orang cakap blakang,asalkan korang dapat apa yang korang nak.Ciri2 ni memang mak mertua cari la,bukan apa leh tolong dia nanti.Contoh kalo mak mertua korang tu ikut korang jalan2 g butik2 mewah ke tak pun kedai tudung ARIANI,dia nak tanya banyak segan lak sebab butik mewah tu beb.kang salah tanya kene gelak lak.lgpun dia rasa die selekeh je sebab dok pun kat kampung,ni pestime ni datang kolumpo nak ziarah anak menantu.So khidmat korang diperlukan,memandangkan kat wad korang slalu bertanya dulu kat senior2 staff pasal keadaan pesakit or ubat sblm bg rawatan!!! pas tanya2 korang pun blikan untuk dia sehelai..Tak ke sayang lebih mak mertua mu itu..hahah (korang rasa mak2 fikir tak pasal ni?hahha)



9)EMOSI YANG STABIL
-Napa plak kene emosi stabil ni.Sebab kalo emosi korang ni stabil maknanya dalaman korang ni kuat,tabah gitu! mak mertua like.ahakz.Bila korang tabah apa2 dugaan datang skali pon korang leh tangani la.No big deal.Ha ni hasil dari korang tabah layan kerenah dan perangai pesakit2 kat wad la yang kadang2 demand nak mampus! tepok tangan semua.clap! clap!

                                      Jangan la asik marah2 je,COOL man!

10)KEPRIHATINAN
-Maknanya korang peka dengan orang2 kat sekeliling korang.Prihatin sesama manusia. Orang2 tua tengok pun sejuk je mata memandang."hai! anak sapa la ni yek wat menantu pun okai ni".kata uncle Ramasamy.Hasil korang peka dengan keperluan dan perubahan pesakit2 kat wad.



11)KEMAHIRAN BERKOMUNIKASI
-Ha ni pun mmg idaman mak2 n bapak2 mertua la.Dorang memang suka yg pandai becakap ni,boleh bawak ke majlis la kata orang.Ada je idea nak berkomunikasi sampai tak kering gusi serta lidah bercakap. baguih no! Korang tahu cara berkomunikasi yang berkesan dan korang taw nak ambil hati orang dengan cara-cara berkomunikasi yg berlainan bgs ni.Sebab tu la kite blaja subjek berkomunikasi ni dulu,korang leh ubah pendirian orang lain dengan hanya berkomunikasi jer.

          Da lama gila tak nampak ko ni,weh yang ko pakai tu spek mata aku kan?

12) BERKELULUSAN DAN TERLATIH
-Sapa tak nak menantu berkelulusan dek oi! da la terlatih plak tu.Susah ooo nak dapat.Ha hasil korang blajar la korang leh jadi macam ni,.Kalo tak berpelajaran tinggi jangan harap la ada mak2 mertua yang nak korang jadi menantu.Haktuih! (macam bapak aku la,senang2 je die rejek x bf aku dulu) haish..hehe.



13)RENDAH DIRI
-Down to earth la orang putih kata.Siyes ni ciri menantu idaman!!suke ke mak2 diluar sana nak menantu yg belagak,sombong,bongkak.Blum jadi orang2 besar lagi da macam tu,pangkat lagi tggi nnt lg la lupa daratan.Tak baik ye sikap meninggi diri ni.Tuhan marah. Dan kita nurse ni selalu di nasihatkan agar rendah diri kan bila bagi perawatan kat pesakit,bukan apa hormat menghormati kan amalan mulia walaupun pesakit tu lagi muda dari kita dan kita diajar agar meminta maaf dan mengakuinya jika terdapat sebarang kesilapan ke ketika memberi perawatan.

                   Bukan merendah diri yang ni la,ni sbb memang ko rendah..Haiya!


        Yay da abes pun aku berceloteh.Semua di atas tu adalah nilai-nilai murni yg diterap sewaktu kita bertugas dan nilai2 murni ni pun boleh dipraktikkan sewaktu diluar bidang kerja.Sesugguhnya mak2 n bapak2 orang mencari anda diluar sana.Sila terapkan nilai2 diatas untuk menjadi Menantu idaman!!! kalau da ada semua ciri2 diatas ,korang jgn risau sebab sememangnya korang BAKAL MENANTU IDAMAN MALAYA!! maceh..




                    WASSALAM.






Sharing is Loving :}

6 comments:

PoHVin OoI said...

penat baca...hehehe...

Unknown said...

hahaha..panjang ek.

penaberkala said...

ramai la orang cari nurse jap lg,haha

Anonymous said...

-" Siah, aku tengok Ayeen anak mat tu kemas n segak je dia ek.Tak penah aku tengok dia selekeh n kusut masai,cumil je la.Hai, nak je aku masuk meminang die untuk anak aku si Ridzuan tu".<---- xbole blah kn contoh ko. kemain agy. hahaha aminnn ;p

Unknown said...

penaberkala: hehee tu la,habis nurse2 kat hospital tu.

Unknown said...

Lily: hahahaha..tu je yg aku tepikir..gatai nooo..

Related Posts with Thumbnails