Walaupun puasa tak habis lagi, tapi semua orang da leh merasakan bahang RAYA tu kan.Ha hari ni puasa tak??? tu bukak periuk tu..ahakz!.Ada yang dah sibuk2 nak bershoping untuk hari raya (macam aku la),ada gak yang tak pikir pun lagi pasal raya, dan ada yang memang tak bershopping pun untuk raya kan.Tu la dalam kita sibuk2 nak bershopping ni kadang2 kene pikir gak mereka2 yang dalam kesusahan tu,apalah nasib mereka kan,pakai baju pun yang orang2 bagi..Hadoi bab ni yang aku sensitip ni..hurm.
Aku besyukur dengan apa yang aku ada sekarang..sobsob
Cakap bab shopping ni,Ada yang suke shopping awal2, sebelum puasa lagi semuanya da beres, ada gak yang suke shopping last2 minit dengan alasan lebih murah,harga tepijak! Kalau cam aku suke shopping 2 minggu sebelum raya,hehe. Macam2 la ragam manusia ni..heheh.. tapi tak apa yang penting semua orang dah tak sabar nak menanti bulan syawal menjelma kan,kita pun da boleh dengar da lagu-lagu raya berkumadang kat radio skrg ni.. tggl lebih kurang dua minggu je lagi.
So sekarang aku dah pening, weekend ni da nak g bershoping dengan my laling.Tapi tempat untuk beshopping tu macam sama je setiap tahun. Tak tahu la mane lagi tempat untuk bershopping raya ni. Yang common selalu aku pegi ialah kat JALAN TAR,tapi ni da selalu sangat pegi..Da boleh hapal apa yang ada kat sane,erm memang meriah dan ramai orang lagi2 kalau pegi malam raya.Meriah habis!!BEST!
Panorama2 di Jalan TAR
Selain tu aku suka gak pergi ke PKNS Shah Alam..Ni aku slalu pegi dizaman2 student dulu,memandangkan aku blaja kat PJ jadi nak g Shah Alam tu xde la jauh mane.hehe..Best sebab banyak butik2. Pilih je mana nak..Semuanya ada dengan harga2 yang bepatutan.BEST!
PKNS Shah Alam
So dua tempat ni je aku taw...uwaaaaaa!!! korang ade idea tak nak kongsikan dengan aku tempat mane best untuk shopping raya nih????. Pertolongan anda amatlah dihargai.Mekacihh!! skrg da pukul 5.20 ptg.Aku nak masak dulu juadah berbuka,kang tak makan kang semua orang dalam umah aku ni,..hehehe.
P/S- Nak beli kebaya kaler coklat cair..huhuhu
4 comments:
PKNS sure laku pada musim ini! =)
tolanic: tu la da 2 tahun beshopping di PKNS. nak cuba tempat baru..
Hey all, yg nak shopping dgn senang tak payah keluar rumah...lihat lah koleksi ‘tudung’ kami yang unik. Koleksi kami juga ada renda dan patch yang dapat serikan baju simple anda pada kos yg berpatutan sekali!
Untuk gambar-gambar koleksi kami, sila rujuk kepada blog dan Facebook Page kami.
www.fesyenglamor.blogspot.com
http://www.facebook.com/pages/Fesyen-Glamor/207733175936601
bazar karat jb ^_^
http://www.gengblogger.com/v/541470
Post a Comment