welcome note

Jum jadi follower saya!

kahwin

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

KLIK KLIK INI

online user

KLIK KLIK SINI

Aug 31, 2010

Merdeka dengan bersatu!

           Hari ni tanggal 31 0gos 2010, hari selasa. bersamaan 21 ramadan 1431,Wah hari ni rakyat Malaysia menyambut Hari Kemerdekaan Yang Ke-53,sudah 53 tahun merdeka rupanya,cepat sangat masa berlalu meninggalkan kita.Rasanya baru semalam aku meninggalkan zaman kanak-kanak,Chewah!!. kalau korang memang seorang rakyat yang caring,apakah tema hari kemerdekaan yang ke 53 ni? ha jawab-jawab.Korang ada ambil tahu atau tidak? tepuk dada tanya hati, ini kemerdekaan negara sendiri.


      Okai la kesian la dekat yang tak tahu tu,aku bagitahu kayh.Tema kita tahun ni ialah 1 Malaysia Menjana Transformasi,wah ada ayat transformasi ye,bukan transformer tu da masuk cerita lain.Apa yang sebenarnya diwar-warkan oleh kerajaan ni ye,kenapa tema ni dipilih untuk tahun ini?.Mesti semua orang sudah tahu,sejak 1 Malaysia ni dilancarkan oleh Perdana Menteri kita, ianya memang menjadi ungkapan yang paling popular kan,kat mana-mana orang akan cakap pasal 1 Malaysia..



      Maksud 1 Malaysia bagi aku ialah dimana rakyat Malaysia yang terdiri dari pelbagai kaum tak kisah la Melayu,Cina dan India serta bangsa-bangsa lain yang bersatu padu demi untuk kecemerlangan negara dimata dunia.Memang betul dengan bersatu padu dan berganding bahu,tak mustahil apa yang diimpikan akan dikecapi.Dengan keunikan Malaysia itu sendiri dimana satu negara yang mempunyai pelbagai bangsa,memang agak sukar untuk disatu padukan,tetapi jika bersatu dan bertolak ansur tak mustahil semua itu dapat dijayakan.Bak kata orang "Bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat'.


    Pelbagai masalah dalaman serta politik dapat kita dengar yang mengaitkan dengan kedudukan bangsa-bangsa di Malaysia ni.Bagi aku semua bangsa kena ada sikap saling hormat menghormati dan mengambil langkah "Buang yang keruh ambil yang jernih" dari mula lagi,kene bertolak ansur sesama bangsa,homati hak-hak mereka yang berhak, melupakan isu-isu perkauman dan fokus hanya untuk kecemerlangan negara sahaja. Kenapa masih lagi nak mempersoalkan hak-hak yang memang dari dulu diguna pakai?.Tidak ada gunanya jika setiap hari melahirkan rasa ketidakpuasan hati lebih baik bersyukur dengan apa yang telah diberi,kan lebih baik tu,maaf jika ade berbau perkauman tapi ini pedapat aku sendiri.




     Jadi sempena sambutan kali ini aku mengharapkan agar ada nya perubahan sikap yang baik kearah kesejahteraan negara.Bangga lah dengan apa yang dikecapi selama ini,jangan hanya merungut itu ini.Tak mustahil satu hari nanti Malaysia akan menjadi negara yang paling maju didunia,tapi dengan syarat rakyat harus bersatu padu terlebih dahulu."Sebatang lidi itu mudah untuk dipatahkan tetapi kekuatan Seikat lidi  sangat susah untuk ditewaskan".




  


  SELAMAT MENYAMBUT KEMERDEKAAN KE 53, 1 MALAYSIA MENJANA TRANSFORMASI

Sharing is Loving :}

2 comments:

saya_arief said...

merdekaaa..

Unknown said...

arief: MERDEKAAAAAAAAAAAAAAA...heheh

Related Posts with Thumbnails