welcome note

Jum jadi follower saya!

kahwin

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

KLIK KLIK INI

online user

KLIK KLIK SINI

Sep 2, 2010

Cemburu!! Normal atau tidak?

          Cemburu!cemburu!cemburu! atau dalam Bahasa inggrid inggerisnya JEALOUS.. Emm..Entri aku kali ni semuanye berkisar tentang memburu cemburu, mengapa ye ianya sangat biasa terjadi dalam sesebuah hubungan? Ada orang kata cemburu ni tandanya sayang,kalau kita sayang si dia dah tentu perlu adanya rasa cemburu,cemburu sebenarnya ialah suatu tanda dimana kita merasa kurang selamat ataupun dalam kata lain diancam,samaada diancam oleh perasaan sendiri atau pun ianya memang betul-betul terjadi dibelakang kita.




     
    Sebenarnye cemburu ni asam masin garam kehidupan kita, tak semestinya cemburu pada kekasih, kita juga boleh cemburu pada kawan-kawan, jiran, adik beradik. Tengok jiran tukar kereta baru kita pun mula la terbit rasa cemburu.


"Dia tu boleh pakai kereta besar,cantik pulak tu,aku ni setakat pakai kereta kecik je yang mampu,alah buat kerja haram la tu".







     Sebenarnya cemburu ni bagus juga, macam persaingan la,kita tengok orang lebih dari kita,kita pun nak bersaing la nak tunjuk kita pun bagus juga.Bila dalam kelas tengok sorang member kita ni asik dapat pointer tinggi je,senang cerita dia  pandai dari kita lah, kita ni asyik-asyik dapat pointer cukup-cukup makan,mesti timbul juga rasa cemburu tu walaupon sedikit, jadi kita pun belajar besungguh-sunggah nak bagi pandai macam member kita tu.Ye tak? 


   Cemburu yang macam mane pulak yang tak bagus? pernah tak kita terdengar berita yang suami cemburukan isterinya sampai curah-curah asid ke muka,sampai bunuh membunuh,seksa menyeksa.Itu yang tak bagusnya kalau terlalu ikut perasaan.Jadi bersederhanalah dalam setiap perbuatan kita.Cemburu pun kena bersederhana,kalau dah sampai menyeksa tu ungkapan cemburu tanda sayang tu dah tak betul,yang paling tepat "cemburu tandanya melayang".Paham-paham je la maksud melayang tu..hehe






   Kadang-kadang kita kene fikir balik kenapa pasangan kita tu cemburu,jangan hanya nak salahkan dia sebab cemburu tak bertempat,kita kene kaji juga apa yang telah kita buat,tanya diri sendiri dulu,kadang-kadang kita ni tak pernah nak sedar perbuatan kita tu leh timbulkan rasa cemburu kat pasangan.Cemburu ni  juga kadang-kadang boleh buat kita tersenyum sendiri geli hati macam kerang busuk, ye la baru la kita tahu sayang juga dia kat kita ni,takut juga dia kalau kehilangan kita.Mau tak sayang dik ooiii.






     Kalau kita fikir secara positif sebenarnya cemburu ni merapatkan lagi hubungan. kan kan.Kalau dah cemburu-cemburu ni mesti la ada adegan merajuk-merajuk kan,ha ape lagi kene la pujuk,sape suruh korang bagi si dia cemburu,wat la sumthing yang menggembirakan hatinya,kalau tak nak pun korang just cerita perkara yang sebenar dan cakap la yang korang ni sayang dia..tu je simple tapi bermakna.Tapi please jangan biarkan je sebab si dia akan buat pelbagai andaian sendiri dan mula la hubungan korang tu berantakkan,korang nak ke?? tak nak kan. so sila cerita perkara sebenar.Tak susah pun,kalau tak salah kenapa nak takut kan.


  Jadi,cemburu-cemburu ni perkara yang normal,orang kalau da sayang memang macam tu,tapi kalau pasangan anda jenis cemburu belebih sangat atau pun orang kata cemburu buta,smpai boleh membahayakan diri korang, dinasihati cabut je la,belum pape kita da sakit ,mana boleh camtu.Bahaya taw.Sayangilah diri anda tu dulu.Tak kan nak lebam-lebam badan sebab layan kan sangat cemburu buta dia,apa yang memang kita tak buat dituduh kita buat,memang melampau la,lain la kalau kita memang buat tak la rasa sakit hati.HAHHAHAH..






P/S- Aku cemburu kat incik BF semalam..Aku bukannya nak cemburu sangat tapi tetiba terasa terancam.wawawawa..



Sharing is Loving :}

2 comments:

Ken Wooi said...

cemburu maksudnya caring =)

Unknown said...

a'ah, betul tu ken..

Related Posts with Thumbnails