welcome note

Jum jadi follower saya!

kahwin

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

KLIK KLIK INI

online user

KLIK KLIK SINI

Sep 3, 2010

Elak kebosanan dalam hubungan..

            
     Pernah tak korang rasa bosan setelah lama menjalinkan hubungan? yang baru menjalin hubungan mungkin kurang menghadapi masalah ni namun bagi yang sudah bertahun-tahun bercinta pasti perasaan bosan tu akan terbit juga kan.Yelah boleh dikatakan segala tentang dia sudah boleh dihafal,apa yang dia suka atau tak suka semuanya sudah ada di dalam kepala otak.Bagi yang baru menjalinkan hubungan mungkin sukar mengalaminya kerana masih didalam proses mengenali antara satu sama lain.Bagi yang sudah lama bercinta tak kan dengan mudah je untuk mencari kata putuskan,menghabiskan boreh je tunggu lama-lama kalau tak ada hasil,jadi langkah drastik harus dilakukan.Jum intai apa yang boleh dilakukan untuk mengembalikan kehangatan asmara bercinta..ahakz!

1) Kurangkan Dating/jumpa.
-Orang kata kalau selalu sangat dating hubungan akan jadi haprak hambar.Yeke? mungkin bagi yang baru bercinta dating hari-hari pun tak apa sebab perasaan suka tu masih membara.Tapi bagi yang sudah lama ini pasti boleh membantu.Kalau dah lama tak jumpa perasaan rindu mesti membuak-buak kan,jadi bila jumpa nanti mesti perasaan yang berlainan akan muncul,perasaan rindu yang teramat..wahahahah



2)Sesekali menghilangkan diri dari dia
-Mungkin ada yang tak setuju kan dengan cara kedua ni,maksud yang sebenarnya bukan la menghilangkan diri tapi cuba untuk menjauhkan diri sedikit,sedikit je ye.Jangan la menghilang terus,amboi amboi amboi.. Korang boleh buat dengan cara dalam seminggu tu dua atau tiga kali je korang berhubung,dan kalau sebelum ni korang selalu report kat si dia segala aktiviti yang korang buat,sekarang ni cuba stop buat macam tu.Pasti dia tertanya-tanya perubahan korang ni.

3)Buat kejutan untuk si dia
-Sesekali untuk nak bagi kelainan dalam hubungan korang apa la salahnye buat kejutan sikit,jangan la kedekut sangat..hehe.Bagi la hadiah ke ape ke yang boleh buatkan si dia tekejut berok.Tak semestinya lelaki je yang buat kejutan untuk perempuan,perempuan pun boleh jer,hubungan yang dibina kan berdasarkan hubungan dua arah,jadi tak ada salah untuk kaum wanita buat kejutan.

4)Lakukan reakreasi bersama-sama
-Selalu asyik dating tengok wayang je,apa kata tukar sikit dating korang tu dengan bereakriasi bersama-sama,tak kisah la jogging ke,berkayak ke,pergi gym ke,kan jadi sesuatu yang baru dalam hubungan tu,ada kelainan.Mana tahu hubungan akan jadi makin erat,dapat kuruskan badan dan dapat eratkan hubungan.Bonus! bonus! wang besar






5)Rapatkan diri dengan famili si dia
-Dah bertahun-tahun bercinta kan mesti la sudah mengenali keluarga masing-masing.Sesekali korang kene jadi rajin sikit membodek bakal keluarga mertua korang tu,apa kata ajak mak dia pergi shopping ke,ajak adik-adik dia pergi karaoke ke ataupun belanja famili dia makan besar tanpa pengetahuan kekasih korang tu.hahaah.Dengan cara tu hubungan korang dengan keluarga dia akan jadi rapat.Bijak-bijak!

6)Ubah penampilan
-Cara ni pun boleh mengembalikan perasaan si dia,mana tahu si dia makin sayang kan.Kalau korang gendut gemuk,ubah penampilan untuk jadi lebih kurus.Kalau selama ni korang berfesyen ala kadar je,ubah untuk jadi VOGUE.Tukar gaya rambut,gaya berpakaian.Mana tahu si dia terbeliak bijik mata tengok perubahan korang,baru dia tahu yang korang ni sebenarnya cantik/cute/lawa/hensem/smart/macho..





7)Bawa si dia jalan-jalan ke Pantai
-Pantai memang menjadi tempat yang romantik untuk menghabiskan masa, dengar MP3 sama-sama,berborak-borak tentang zaman anda kecik-kecik dulu ke sambil suap-suap makanan kan romantik tu.Ianya juga jadi macam satu kelainan kan.Tak ada lah bosan bila dating,lagipun pantai leh menenangkan hati kan.Cuba jauhkan diri sebentar dari hiruk pikuk kota.Kan best macam tu.



    Harap serba sedikit dapat membantu korang yang mengalami masalah kebosanan tu,yang penting ingat semula saat-saat korang mula nak bercinta dulu,ingat semua kenangan-kenangan indah bersama si dia dan ingat semula apa yang sudah kamu lalui selama menjalin hubungan yang lama tu,pasti ada suka duka,susah senangnya kan.Kenangkan semula kebaikkan-kebaikkan pasangan anda tu dan jangan asyik melihat dia dari sudut negatif je.Yelah dulu manis macam madu sekarang masam macam cuka.Bagi pasangan-pasangan yang dah berkahwin pun boleh guna pakai tips-tips diatas..


P/S- Sangat kagum dengan seorang sahabat yang berjaya mengekalkan hubungan selama 7 tahun walaupun penuh dengan suka duka..Kesabaranmu sangat menakjubkan,Cayalah!
Sharing is Loving :}

0 comments:

Related Posts with Thumbnails