" Dia sayang aku ke tak?, die suke aku ke ape ni.Nampak macam die sayang, kadang2 nampak macam tak sayang je,mana satu die ni, aku keliru la macam ni.Dia maen2 kan aku ke ni, Tolong la bagitahu!! jgn la wat aku macam ni,keliru dan tertanya-tanya".
Love me love me not??
Ha pernah tak persoalan macam yang kat atas ni berlegar2 dalam hati korang?, pernah tak korang bermonolog dalaman macam ni.Sure semua orang pernah rasa macam ni kan.Kadang-kadang kita jadi ragu2 kat pasangan kita ataupun kat orang yang kita suke.Kita tak tahu dia betul2 sayang ataupun just nak memanipulasikan kite untuk satu sebab yang tak pasti,dan adakah die ikhlas kalau die kata die sayang tu.So sekarang korang jangan risau kayh,meh aku bantu serba sedikit.hehe.Jum kite tengok macam mane nak tahu orang sayang atau tidak!
1)Dia selalu berusaha membuat korang bahagia.
-Contohnya kalo korang ajak pergi mana-mana die selalu rasa tak sampai hati nak menolak ajakan korang tu walaupon dia ada hal,segala permintaan korang pon akan die cuba penuhi ini maksudnya die benar2 sayang,kerana dalam hatinya hanya ada satu misi iaitu untuk membuat korang BAHGIA! bertuah la korang kalau macam ni.
2) Dia selalu berfikir cara untuk selalu dekat dengan korang.
- Cinta jarak jauh ataupun jarak dekat tak ada bezanya okai, dia selalu akan tecari2 alasan untuk nak jumpa kamu walaupun semalam baru je dating.Kalo yang jarak jauh tu hari2 dia nak 3g or webcam dengan kamu..hehe.Tu maknanya die memang sayang n rindu kamu,seboleh-bolehnya dia rasa tak nak bepisah dengan kamu walau sesaat pun. chewahh!!!. kalo da macam ni memang g kawen trus la.ahakz!
3)Dia menganggap komunikasi antara korang adalah penting.
-Bagi aku ni memang penting,kalau die anggap komunikasi ni tak penting tu maknanya dia memang tak serius dengan korang.Bagi sesetengah orang dia rimas kalau nak contact selalu tapi tahu tak korang tanpa komunikasi yang bagus hubungan korang susah nak kekal lama.Makin lama makin hambar. Cayo lah cakap den.
4)Dia kenalkan korang dengan family die.
-Ni menunjukkan yang die memang serius dengan korang,yelah kalau dah melibatkan family memang dia xnak memain dah.Tapi bagaimana pula yang macam menyorokkan anda dari family? emm mungkin dia ade sebab die yang tersendiri, korang kene tanya la dan kalau alasan tu boleh diterima pakai otak,okai je mungkin satu hari nanti dia akan bawak gak.Tapi kalau die cakap die tak bersedia lagi dan tak nak libatkan family tanpa sebarang alasan yang munasarawak emm..paham2 je la korang.
5)Dia tak suka siapa-siapa yang jantina berlawanan dengan korang cube merapati.
-Paham tak ape yang aku cuba maksudkan ni? ke pening ngan ayat aku tu??ahahah
contohnya kalau korang pompuan, bf korang tu tak suka kalau ada lelaki laen cuba nak rapat2 dengan korang walapon sebelum ni dak laki tu kwn baik korang.Ni kes jeles la ni.hehe
6)Dia mudah sensitif ataupun cemburu kalau korang kurang menumpukan perhatian kat dia.
- Emm pernah tak dia asik merajuk je? sikit-sikit majuk padahal korang rase bnde tu kecik je.Tak lain tak bukan dia memang sayang korang,.Tahniah ye. bagi yang tak, sile cuba lagi,.
7)Adakalanya die seperti anak kecil yang meminta perhatian.
-Penah tak die mengada2 macam ni? merengek2..yuuuuu!! geli.hahah. Emm sebenarnya dia nak kan perhatian korang dan nak korang layan die lebih dari orang laen.kalau lelaki yang jadi macam ni korang patut berbangga ngan diri korang sendiri, bukan senang seorang lelaki yang memang terkenal dengan "macho" nak ubah jadi manje..ahakz!
8)Dia sentiasa menasihati korang dalam pelbagai perkara.
-Jangan pula korang menganggap die kuat membebel plak, disebabkan dia terlalu cinta n sayangkan korang sebab tu la die bagi nasihat.Dia tak nak korang wat pelbagai kesilapan, so kene terbuka la menerima nasihat tu.
9)Dia kerap bertanya kat korang sama ada korang sayang dia atau tak.
-Hari ni die tanye, esok die tanya lagi sampai kan korang naik rimas,ni semua disebabkan dia merasakan yang sayang dia lagi kuat dari kamu.
10)Dia selalu ingat apa yang korang pernah ucapkan.
-Sebulan yang lalu korang pernah cakap yang korang teringin nak g genting,dan bila korang jumpa balik die mengingatkan korang balik tentang keinginan korang tu padahal korang langsung da lupa tentang perkara tu.. Dia juga da boleh hapal apa yang kamu tak suka dan apa yang kamu tak suka. hurm nak ckp ape lg, dia memang sayang anda.
11)Selalu tersenyum bila berada disamping korang
-Walau kat mana dan bila2 kamu berjumpa pun dia akan sentiasa melemparkan senyuman manis yang membuatkan korang rasa hepi untuk terus2 memandang,Chewahhh!
comel la awk senyum..ngeeee
Perghh..Cuba korang baca semula dan renungkan,Apa yang aku senaraikan kat atas ade tak pada kekasih korang.Kalau ada insyaallah jangan la korang risau die memang sayangkan dirimu. Tapi kalau susah korang nak tengok perkara2 yang disenaraikan kat atas ni pada diri die, emm tinggalkan lah..mungkin orang yang mempunyai ciri2 kat atas ni sedang menunggu korang dimana2.Hilang cinta orang yang tak sayang korang lagi bagus dari korang kehilangan hati utk beri cinta kat orang laen.hahha.. berbelit2 dah.
WASSALAM..
3 comments:
no 10 ade kesilapan ye
Dia juga da boleh hapal apa yang kamu tak suka dan apa yang kamu tak suka
hurm...
drpd 10..de 3 je yg xdpt lg...
huhu
tanpa nama: hehe ok la 2 da lebih dari separuh.dia memang sayang anda. tahniah!
roti bakar: alamak salah taip daaa...hehe
Post a Comment