Salam 1 Malaysia..
Ok entri kali ni review pasal restoran korea halal yang baru aku pergi.. Disebab kan kegilaan kat rancangan-rancangan tv Korea la membuat kan aku gatal nak merasa makanan orang Korea ni, nak tahu jugak apa la yang best sangat sebab tengok dalam rancangan TV diorang tu cth Running Man, drama-drama macam sedap je, terliur mak...hahahhaa.. Sapa tengok Bride of The Sun angkat jari kaki???? erk.. Aku tak ada la gila sangat Korea-korea ni, cuma layan rancangan-rancangan realiti dan drama je.. lagu2 tak minat la pulak, tak paham sepatah haram..
Running Man |
Ok panjang berjela pulak mukadimah nya.. Terus kepada review aku tadi.. Restoran tu ialah Sweetree yang terletak dekat Pusat perniagaan di sekitar Ampang Putra Sulaiman, berdekatan dengan Taman Dagang
ni alamatnya :
SWEETREE Restaurant
No.13, L-1.2,
Jalan Ampang Putra,
Taman Putra Sulaiman,
68000 Ampang.
Restoran ni memang diakui HALAL la ye,,rancangan Jalan-Jalan Cari Makan pun penah datang kat sini. Di sebabkan keexcitedan aku ni terlupa la nak snap pic sangat, aku snap makanan2 je..hahahah so Kredit to blog ni ye.KLIK Cantikkan hiasan dalaman dia.. Padan la dengan nama nya,. Sweetree.Kedatangan kami disambut dengan ucapan Annyeong Haseyo oleh pemilik restoran yang berbangsa korea...Sangat peramah Encik tu..
Restoran sweetree ni juga menghidangkan masakan Melayu dan juga Western food, maknanya tak tertumpu pada makanan Korea saja, bagi yang tak gemarkan masakan Korea atau orang panggil lidah melayu boleh la try makanan-makanan laen,. banyak pilihan yang sedia dipilih.
The Menu kredit to sweetree fb
Ini ialah apa yang aku order..YUmmmayyy....
Bolgogi platter with rice n side dish,ada kimchi rasa skit2 je.. masam |
Akhirnya ada pun muka tuan blog ni ye..hehhehe |
Dubbokki @tubokki |
Gimbab@kimbab |
So far makanan nya ok. Sedap la jugak tapi lidah melayu aku ni still gilakan makanan melayu yang pedas dan berapi,..Lenkali boleh la cuba menu yang laen pulak..Pas da habis makan kami sambung begambar dengan Teddy bear yang besar gila.. ini tuan kedai tu yang letak kat meja kami..siap ada nama, SAYANG!! heheehehe,..
Nampak tak si SAYANG terselit.. time ni adik aku da muak makan tubokki. |
Stress gemok btol tuan blog ni.. |
Masa untuk desert ini lah Mango-orange sorbet.. yummayyyyyyy |
Setelah itu kami pun berangkat pulang dengan perut yang muncit..hahahhaha. Kenyang sampai ke malam..heeeeeeeee.. sekian saja review tentang Sweetree.. hadiah kami yang ter akhir dari tuan punya restoran ialah KOREAN HOMEMADE CANDY ..
Tudiaaaa.. sedap n rangup dibuat dari gula merah |
Aku beri 4 bintang pada Sweetree sebab layanan yang bagus dan deco restoran yang sangan cantik menarik,sila la berkunjung ke sini ye...
OK BYE...
2 comments:
hi ayeen...cakap pasal halal korean foods nih saya baru jer upload pics masa makan kat Sweetree nih kat blog saya. Memang cantik kedai dia kan? Foods pun OK.
Senang2 tu jenguk la yer kat www.blogmakanbest.blogspot.com topik sini pasal makan,makan dan makan 100% hehehe takde topik lain.
Kalu sudi tu follow la yer blog saya TQ TQ TQ bebanyak!!
tq singgah ke blog saya...heeeeeeee
Post a Comment